Saturday, April 19, 2014

Mencoklat semula.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Wassolatu wassalamu Ala Rosulillah..

Alhamdulillah atas nikmat iman, nikmat sihat dan segala nikmat kurniaan Allah untuk disyukuri, selawat salam buat sosok utusan Muhammad Rasulullah, para sahabat, pejuang2 islam, sehingga umat Nabi Muhammad ke hari ini.

Semenjak habis praktikum ini, saya rasa separuh daripada kepala yang saya rasa sangat berat selama ni, macam ringan aje, seronok sangat la tu, padahal ada lagi cabaran-cabaran di hadapan sebelum layak digelar guru. *Dush dush dush* kat muka sendiri.

Malam ini masa yang terluang telah kugunakan untuk membuat coklat, haha buang tebiat. Ilhamnya apabila saya telah menghabiskan puluh2 ringgit sepanjang praktikum dengan membeli choki2 2 kotak, Cloud 9 1 peket, dan gula2 yang lain. Tujuan sebagai hadiah ganjaran pada murid, ok, sape dapat jawab ustazah bagi gula-gula, cewah. Haa bayang berapa RM dh habis beli gula2 dan coklat tu. Sampai en suami tegur asik beli coklat aje, bagi la budak2 tu coklat yang buat sendiri, boleh baca2 ayat penerang hati ke, mudah terima ilmu, letak kismis, lagi bagus. Oh ok, bila masa nak buat nye. Haa semenjak tu la terbitnya rasa nak buat coklat semula. =)).. Tapi dah habis praktikum, =p. Takpe, boleh lagi bagi, bukan bagi coklat tu sebab nak A praktikum je ye tak??

Anakku Nuha pun tidur awal malam ni, penat sangat dia siang main je, ikut abi dia ke program. Saya ke sekolah mengemas bilik j-QAF. Baru sedap sikit mata memandang tengok bilik j-QAF dah berubah wajah. Itu pun lepas habis praktikum, haha.

Ha tu dia, hasil tangan 5 orang guru j-QAF SK Pendamaran Jaya. tepuk tangan skittt*
ATAS - gambar sebelum
BAWAH - gambar selepas
(bukan edit ye!)

Ok2, balik cerita tentang coklat. Lepas habis mengemas bilik j-QAF jam 3.30 petang, pergi ke Kampung Delek pula. Rancangan asal ke meetg di Jalan Kebun untuk program Shooting Stars anjuran Nisa' Kota Raja sok, tapi terpaksa berubah haluan ke Kampung Delek, ampun sahabat2. Hehe.

Ok, tak balik2 pada cerita coklat ni, haish. 
Ok balik2, coklat..coklat.. Haa malam ni saya pun mencoklat la sorang2, ....................
Ini ialah coklat!  yang dah kat dalam peti tu.erk.. comotnye..

Sikit tu je,tak sampai satu bar buat malam ni, sebab takde air! saya dah tak sabar2 sangat nak buat, sampai tak boleh tunggu esok. Skit pun jadi la, lepas gian orang kata.. haha. 

Ok2, kene berenti ni. Kalau tak sampai sok tak habis cerita. Nak siapkan barang untuk program esok, lalala~

Program Motivasi Pelajar, ;)

Jumpa di sana.
Assalamualaikum, =)


No comments: