Monday, April 21, 2014

Program Shooting Stars


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.. dan salam sejahtera, =)

Alhamdulillah satu program motivasi pelajar yang diberi nama Shooting Stars iaitu 'menembak bintang' (??), telah dilaksanakan begitu jayanya di Dewan Seminar Masjid AnNaim Jalan Kebun pada 20 April 2014, Ahad, semalam la tu. Program ini menampilkan Tn Haji Zailan Wagimin, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Selangor. Alhamdulillah walau dengan kesibukan masanya, beliau dapat hadir tepat masa dan memberikan motivasi pada pelajar-pelajar lingkungan umur 13-17 tahun dengan begitu semangat, sehinggakan urusetia juga terasa semangat itu.

Apa pasal ayatku ini begitu skema, bagai menulis laporan untuk dihantar ke S.U?? hihi.. Oh, memang dhh terlatih 4 bulan tiap kali aktiviti, program, meeting, perjumpaan lepas tu mesti buat laporan untuk dimasukkan dalam portfolio, itu lah pasal bila dah takde mende nk buat ni blog la tempat ku bicara sendiri, acecece..

Semalam punya cerita.....

Inilah Tn Hj Zailan Wagimin


Siapa lagi hebat?? Lelaki ke perempuan??





wajah-wajah peserta

Peserta yang tidak lekang gigi dr gusi(??) eh ape pepatah tu.. yg gelak aje..



makan.. 3 kali mkn woo!!


Perasmian penutup oleh En Azmi

Cenderamata sebagai penghargaan pada penceramah Tn Hj Zailan Wagimin.
Trima kasih Tn Hj, lain kali kami panggil lagi, =)

Penerimaan sijil peserta. 
Terima kasih sayang, nanti prgram join lagi tau!!

Jawatankuasa pelaksana. 
Comei semua.. 12 org ajk nisa; yg hadir membantu.

peserta lelaki

 Peserta perempuan punye gambar tak jumpa lagi.. hihi. *
Kredit gambar kepada Kak Liza. JKKK Pembangunan Wanita Jalan Kebun Batu 7/8.. 

InsyaAllah ada rezeki masa tenaga, kita buat program lagi ya. Tak lain tak bukan program2 begini untuk membawa remaja mengenal Allah, Insyaallah.. Seronok jumpa sahabat-sahabat selepas dah 3 bulan saya menyorok dalam gua tak keluar2 rumah.. busy2, haha kunon.

Ok, sampai sini saja. nk masak .. Assalamualaikum. =)

No comments: