Wednesday, April 23, 2014

Perkongsian Kuliah Bulanan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Selawat dan salam buat Rasulullah, para sahabat, tabi' tabi'in, pejuang-pejunag kebenaran sehingga umat akhir zaman ke hari ini.

Malam ini sempat saya hadiri kuliah bulanan di Surau Assiddiq Taman Seri Andalas. Kalau ada yang mencari surau ni, ha tu la dia surau di Taman Sri Sarawak 5, berhampiran dengan tapak pasar malam ye. hihi. Dah tau boleh singgah lepas ni.kata lainnya PASTI As-Syifa' sudahhh.

Asyik2 cerita pasal diri saja kan, bila la nak bercerita tentang jemaah pulak ye. hehe. Sedikit saja saya nak kongsikan pengisian hari ini kepada anda-anda-anda yang sudi membaca entri yang tak best ini. Antara yang benar-benar menusuk jiwa dan qalbu ku ialah :- (Sebenarnya ni je yang dengar, selebihnya borak, eh bincang2 prgram hujung minggu ni, ye le tu),

1) Istiqamah dalam melakukan sesuatu. (time ni saya borak, saya taktau apa isi dia, haha)

2) Selalu bersedeqah. Kalau nak keluarkan duit RM 50 untuk masjid tu susah sangat, rasa besar sangat nilai RM 50, tapi kalau shopping kat Tesco duit RM 50 tu sekejap je habis silap2 keluarkan lagi RM 200 dari bank. huhu. (KENE DAH!)

3) Qiamullail. UStaz ceritakan pengalaman beliau berborak dengan Ustz Nik Abduh anak kepada Tn Guru Nik Aziz. Suatu hari Tn guru Nik Aziz menangis teresak2, lalu bertanya UStz Nik Abduh pada ayahnya kenapa menangis, lalu dijawabnya yang dia teringatkan 10 Muharram tahun lepas dia tertinggal qiamullail. huhu. Yang kita bukan ingat kita banyak tinggal qiamullail, yang hari kita buat qiamullail tu la yang kita ingat setahun. Waktu puasa misalnya, ingat je kita hari-hari buat qiamullail dan baca quran. Padahal dalam setahun itu sajalah qiamullail yang dia buat. (ADUH, TERKENA LAGI!!)

4) Amar Makruf Nahi Mungkar.
Umat sekarang sibuk dengan amar makruf, masjid-masjid surau-surau pun sibuk dengan amar makruf, kerajaan pun sibuk dengan amar makruf, buat malam cinta rasul ya hanana, bagus, tapi tiada nahi mungkar. Konsert ya hanana dijalankan, dalam masa yang sama, konsert liar pun dijalankan. Asik amar makruf, bila nak nahi mungkar, walhal kedua-dua perlu dititikberatkan, perlu berjalan serentak.
Ia umpama seorang wanita pakai seluar ketat, baju seksi, tapi tak pernah tinggal sembahyang. Waktu sembahyang dia pakai telekung. Elok sembahyang, lepas sembahyang buka telekung nampak pakaian seksi dan seluar ketat balik. Kenapa dia pakai telekung? sebab nak menutup aurat jumpa Allah. Padahal setiap masa pun kita nak berjumpa Allah.
*Asal nak sembahyang kena ada sejadah, nak sembahyang kena pakai telekung. Pakaian wanita yang menutup aurat ialah apabila dia boleh bersolat dengan pakaian itu juga.. Tanggungjawab suami tengok balik bagaimana pakai isteri. Tanggungjawab ayah tengok balik bagaimana pakaian anak-anak. Tanggungjawab abang tengok bagaimana pakaian adik2. Dan tanggungjawab kita tengok tegur bagaimana pakaian orang keliling kita.

5) PAKSA diri buat baik.
Nak beribadah perkara pertama nak memulakan adalahh dengan memaksa diri. Jangan kata aku tak ikhlas lagi, hati belum terbuka, untuk melakukan ibadah. Perkara pertama PAKSA, istikhlas, buat2 ikhlas. Kita tak boleh nak mulakan bangun Qiamullailt dengan begitu senang. Mesti kena paksa diri bangun jam 3 pagi, buka mata, buka selimut, amik wudhuk, solat. Kita tak boleh nak mulakan puasa sunat dengan begitu mudah melainkan pada awalnya kita paksa diri untuk berpuasa sunat, tahan lapar, tengahari panas, paksa diri untuk tahan. Begitu juga amalan-amalan lain. Jika kita dah biasa lakukan amal baik, mula dengan paksaan ini tadi, InsyaAllah Allah tenangkan hatinya, Allah mudahkan baginya untuk meneruskan amalan yang baik itu tadi, sehinggakan puasa sunat menjadi biasa baginya, juga qiamullail menjadii biasa baginya.. (ADUH, ADUH, ADUH)

6) Bawa Anak-anak bersama dengar kuliah.
Ibubapa jangan rasa berat nak bawak anak-anak ke surau, ke masjid dengar kuliah. Kalau pergi shopping boleh pula bawa anak-anak semua ikut pergi shopping walaupun di tempat shopping lagi banyak ragam anak-anak. Jika ke kenduri boleh pula bawa anak-anak satu kereta ke kenduri. Tiba nak ke surau dengar kuliah beralasan pula susah ada anak kecik, susah bawak anak-anak. Ustaz beri contoh sorang muslimat di Kelantan anak ada 16 orang, suami sudah tiada. Muslimat ini kuliah tidak pernah tinggal, malah subuh pun dia akan ke masjid untuk solat berjemaah. Alhamdulillah anak-anaknya kesemua 16 orang menjadi manusia berguna, hafaz quran kesemuanya dan semuanya menjadi.  Kerana apa? kita jaga Allah, Allah jaga semua tentang kita..

tu la ustaz nya.. baju merah toleh belakang tu ustaz hati saya, ;p.. 


Sedangku duduk tekun dengar kuliah hari ini, Nuha pun baik aje hari ni, bertegur dengan orang sebelah, muka baru, saya bertanya nama, umur, tempat tinggal, mungkin ada peluang berdakwah. Selepas borak-borak, rupanya anak dia bekas murid SK Pendamaran Jaya, tempat saya mengajar la tu!! Dia pun cakap macam pernah nampak, saya dah tergelak-gelak dalam hati.. Dia bertanya juga tentang PASTI, saya pun , menjawab la soalan yang ditanyakan tu peenuh hemah , hihi, Harap2 tahun depan dia hantar anak ke PASTI boleh saya jumpa lagi. Nampak dah berminat nak jadi ahli tu, InsyaAllah, mudah-mudahan. Ini peluang dakwahku. Semoga Allah permudahkan, =).. 

2 comments: