Thursday, May 1, 2014

Temuduga SPP

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah.

Selawat dan salam buat junjungan Muhammad utusan Allah untuk umat Islam sehingga ke hari ini, para sahabat,tabi' tabi'in, serta seluruh makhluk atas bumi.

Alhamdulillah pada 29 April 2014 Selasa baru ni saya telah selesai menghadiri sesi temuduga Suruhanjaya Perkhidamatan di Putrajaya jam 7.30 pagi, bilik temuduga 12, blok b3. Jam 7.10 saya dah sampai dan kene beratur panjang untk ambil pas pelawat. Pukul berapa la agaknya mereka yang lain tu dah sampai. Pada kawan-kawan, datang awal ya, sebab orang memang ramai, jam 7.30 baru pagar akan dibuka dan perlu beratur lagi untuk mengambil pas pelawat.

Saya kongsikan disini pengalaman temuduga untuk rakan-rakan yang lain yang belum ditemuduga. Pos ni agak lambat, sebab sebaik sahaja saya on henset saya lepas keluar dari bilik temuduga tu sorang2 telefon tanya soalan apa yang ditanya, tiba2 jadi hoott pula waktu tu ye, hehe.. Maaf la kalau ada yang tak terbalas mesej, wasap dan tak angkat telefon ya. =)

Ok, mula2 dapat saja panggilan temuduga tu, solat la hajat supaya kita dapat kawab dengan tenang semua soalan, ceh. Print senarai semak tu jangan lupa. Isikan maklumat diri, tampal gambar betul2 ikut kotak yang disediakan, saiz lesen tau, yg kecik tu. kalau takda pun, potong gambar saiz yang ada tu ikut saiz kotak gambar yang disediakan tu dan tampal. Lepas tu sediakan sijil2 yang diperlukan, fotostat kemudian mesti disahkan. Hanya sijil yang diperlukan sahaja yang ditfotostat, yang lain2 tu tak perlu fotostat, tapi sijil asal boleh disertakan sekali, susun bahagian belakang. Sediakan fail clear holder dan susun sijil2 dalam tu, kan nampak kemas sikit dan mudah disemak ikut turutan..Ha bila dah semua ada, boleh la tick kan borang2 tu.

Jangan lupa sila bawa RPH.. Pakai nametag.. Portfolio tak perlu bawak,

Ok, sampai sana, lepas dapat pas pelawat boleh terus pergi ke tempat temuduga, disitu la akan ada pegawai yang semak dokumen2 kita. Kalau ada dokumen2 kita yang belum disahkan, mereka boleh sahkan. Tapi jangan lah semua, nanti nampak sangat kitidaksediaan kita ke temuduga tu. kan kan kan?

Ok, lepas setel disitu, pergi pula ruang menunggu temuduga, tunggu sambil mentelaah dan mengulang semula apa yang dah dibaca, hehe.. Time ni seram sejuk, perut tak sedap la, hihi rilex brader.. rilex..


tu tgh stadi khusyuk di ruang menunggu.kemain la banyak nota2..

Tiba giliran kami masuk berkumpulan seramai 6 orang. Kami rupanya dah memang duduk ber6 daripada tempat menunggu yang pertama tadi. Tak sangka masuk sekali sama-sama. hehe.

Apabila dipanggil, nak masuk ketuk pintu dulu, bagi salam, kemudian masuk, berdiri dulu, apabila disuruh duduk baru duduk.. Tapi penemuduga kami masuk2 je terus suruh duduk2, haha. Dah duduk yang pertama sekali dia tanya dulu nama sorang2, sekolah mana, dah kawen ke,suami keje apa kat mane, anak berapa orang. Kebetulan yang sama saya masuk semua anak sorang.hihi.

Ok2, panjang sangat dah ni, tak masuk soalan lagi ni.

Soalan isu semasa pertama :
Apakah kesan kepada Negara Asean dengan kedatangan Presiden Amerika, Obama ke Malaysia?
Jawab la Malaysia dipandang oleh kuasa besar, dan Malaysia boleh menjadi ketua bagi negara2 ASEAN. hehe.

Soalan kedua :
Apakah yang anda belajar daripada tragedi MH370?
yang ni gorenggg je..... Saya jawab- Setuju dengan semua pendapat rakan-rakan, dan saya lebih pada bermuhasabah diri dr pemimpin sehingga rakyat. pastu goreng laa..

Soalan isu pendidikan:
1) Apakah tujuan JQAF diwujudkan dalam pendidikan.
2) Terangkan BIG (Baca ikut guru) yang terkandung dalam modul JQAF
3) Sebagai guru, apa yang perlu dilakukan untuk melaksanakan Kem BEstari Solat dengan peruntukan kerajaan yang begitu kecil?
4) Bagaimana nak mengaplikasikan sarana ibubapa di sekolah2.
5) NI sampai tempat aku-- Bagaimana kamu menyelesaikan masalah murid yang mengalami masalah bahasa arab di sekolah.. Billughatil arabiah.. huahahaha..
6)Kena kat orang last sekali.  Bagaimana kamu menyelesaikan masalah murid dalam pemulihan jawi.

Yang saya kena cakap arab tu, mula2 saya terdiam jugak, tak bersedia nak bercakap, dah syok2 goreng bahasa melayu, sekali kena cakap arab daaa.. Saya pun cakap arab, saya tengok dato' tu pandang saya lain macam, saya pun sikit2 cakap la bahasa melayu jugak. dwibahasa, bahasa arab dan bahasa melayu, kikiki, baru nampak dato' tu angguk2.. haha..

Soalan lain2, dengan grup sebelum tu pun soalan lain, grup selepas kami pun soalan lain, grup yang terakhir pun soalan lain. Doa saja lah dipermudahkan dapat jawab dengan tenang. Kalau tak tahu, jangan jawab tak tahu. cakap saya tak pasti dan bagi la skit2 pendapat. Jangan terus diam. ok?

Last sekali dia pesan, tolong jangan pergi himpunan turun 1 Mei..
Ya, saya tidak pergi, saya cuma hantar hati saja kesana.. pagi2 subuh lagi dah keluar untuk bertugas, =) Moga Allah merahmati dan melindungi..

Mulut tu tengah kunyah roti, tangan sebelah tu sorok belakang pegang roti, hihi.. 


Apapun tetap teruskan berdoa, dapat posting.. Ameen, =)
Nanti saya update soalan rakan-rakan lain ya, InsyaAllah..

No comments: