Friday, April 17, 2009

bitikh..bitikh.. permai..permai..

Bismillahirrahmaanirrahim.. Assalamualaikumwarahmatullah..

Selepas beberapa hari tak bukak emel, baru lah pagi ini dapat membuka emel dan baca semua post tehangat dan terngetop di abad ini. Pos yang bertajuk bebelan ikhlas buat ahli permai. Yok baca cerita ini.. (dah mntak izin untuk curi).. kisah tembikai, bitikhh.. bitikhhh... tgh2 soifi nnti selalu banyak la kat balad nnti ya!



Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur
bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendenga pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Cubalah dilihat kembali sirah yang disertakan di atas, sungguh dan benarlah kata si sufi itu, tembikai itu datangnya dari Allah! Secara jelas bukan, termaktub sudah setiap kejadian di dunia ini milikNya jua. Kita jelik dengan kekurangan diri2 lain, mungkin dirasa kita cukup tegap dan gagah...ah!...kalaulah kalian benci, atau pernah datang terdetik dihati tidak suka akan kekurangan insan lain, maka sebenarnya, hakikatnya...pada siapa perasaan kalian itu kembali?...adakah kalian berasa jelik terhadap PENCIPTA yang menciptakan insan2 itu?...ya!...itulah yang kalian rasa!...cuma terhijab oleh jiwa dan hati yg keras, maka kita susah menyedarinya...na'uzubillah!

Sirah ini sebenarnya menunjukkan satu elemen penting yang perlu ada dalam setiap daripada kita yang bergelar manusia, perlu memandang, melihat, mentafsir setiap apa yang terzahir, tertulis, termaktub...adalah hak mutlakNya. Sucikanlah hati, maka pasti suatu ketika, kalian bila melihat kereta2, motor2 yang bergerak itu dapat mentafsir dengan betul2 tafsiran, bukan sekadar tahu saja yang semuanya adalah atas kekuasaan Allah, pandanglah dengan mata hati!...semuanya datang dari Dia!

Jika nampak pada seseorang itu yg mendatangkan ketidaksukaan pada diri kalian, jangan cepat mengucap benci, bahkan perhati dan tafsir apa yang tersirat disebalik yang terpampang di depan mata. mungkin mereka tidak tahu yang apa yang dibuat itu salah, dan apa tugas kita sebagai yang tahu?...hanya mengutuk2 saja? jadi apa tugasnya seorang da'ei?...cuba fikir begitu, hikmah dari setiap yang berlaku pastinya ada.

Maka, apa yg berlaku di YG permai itu, adalah tidak patut sama sekali.
Senior atau junior, nampak yang tak elok, tegur la.. Atau nak menegur masalah dalam program, berhikmah lah.. tiada siapa yang menyangka masalah2 sebegitu muncul dalam program. Saya juga terkurang rasional juga turut membalas emel tu pagi tadi.. dah buat baru terfikir, seolah mahu membuat baju kurung, dah potong, baru ukur..

Marilah bermuhasabah.. Hari jumaat yang mulia.. sollu ala an-nabiy..

5 comments:

Fawwaz Saleh said...

menarik sungguh kisah yg diberikan,
amat kena dgn situasi skrg.
moga jadi iktibar kpd kita semua.

~ZuLhAiRi~ said...

salam...

mengapakah cerita ini bagai pernah kulihat?...menarik2...hehe

semoga sentiasa dalam redhanya...

cik santun said...

afiq fawwaz,

ya, semoga begitulah..


zul,

wsalam.. mcm prnah lihat ye?? haha dgn kejamnya mengedit crita ini..

Anonymous said...

suka baca muhasabah akk lepas terasa mcm buat kesilapan..
btw, pos akk kt yahoogroup tu sy rasa biasa je..
kalau asyik nk berlapang dada dengn kesilapan org, bilakah nk perasan yang dia buat kesilapan..
harap benda ni jadi iktibar pada semua ahli permai..
perkongsian yg menarik, syukran..

cik santun said...

anonymous,

huhu ye ke?? ape la bertindak dulu ssebelum berfikir.. ish3.. sik mengikut nafsu jerk, haha..

ye ke rase cm biasa??
tapi tak patut juga buat macam tu, sepatutnya dalam persatuan kita rasa hidup kebersamaan tu.. bukan saling menyalahkan..

harap juga menjadi iktibar pada semua, teruatama diri sendiri..