Wednesday, April 15, 2009

kem pemantapan ibadah remaja..

Bismillahirrahmaanirahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Malam yang sunyi sepi dan sejuk, tidak mendengar bunyi apa2 di luar, kerana telinga yang telah dipekakkan dengan lagu ainul mardhiyah.. mata yang sangat segar bugar ini seharusnya digunakan untuk membaca buku aqidah atau tarbiah watoniah atau sebagainya, tapi ke'tidakrajin'an itu datang secara mendadak dan telah melanda diri dan akhirnya kecundang.. semoga kemelencongan dari ketidakrajinan baca buku itu dapat memberi manfaat juga pada orang lain.. insyaallah..

Sedang melihat gambar-gegambar (pernah jumpa ayat ni) dalam laptop ni, tiba-tiba merindui salah satu program ketika saya balik Malaysia bercuti 3bulan sepanjang soifi pada tahun lepas, bulan 6 hingga bulan 9.. dan sememangnya gambar-gambar ni la yang sentiasa berjalan silih berganti di laptop ini.. Program ini adalah Kem Pemantapan Ibadah Remaja di surau yang berdekatan dengan rumah saya, iaitu Surau An-Naim, Seri Andalas, Klang..

Asalnya, sangat tidak rajin untuk membuat kertas2 kerja bagi setiap tajuk yang telah disediakan, tapi atas desakan kepercayaan tuan pengarah, terasa macam ini lah tanggungjawab.. maka tanggungjawab membuat kertas kerja itu sy pegang sepenuhnya, dan berjaya disiapkan dalam masa 3 hari (lama gilaaa).. haha.. dengan pelbagai alasan, ke johor la, balik kampung la, dan sebagainya, ;P..

Alhamdulillah kem 3 hari itu berjaya juga, dengan kecekapan tuan pengarah saudara al-hariz, serta fasi2 yang bertauliah termasuk la seorang sahabat saya, dalilah, yang turut menjadi fasi.. saya?? jadi apa?? Setiausaha laaa.. =P..


ice breaking


2 orang fasi wanita yang tiba sedikit lambat kerana terperangkap di ktm, ehehe..


apa lagi la pengarah tu, tak cukup2 nk kenekan orang


slot ustaz kamal mahdi



makan sayang.. comel budak ni... geram..

praktikal wudhu'..

praktikal solat..


yes, zoom lg.. zoom lg.. slot muhasabah..



kuliah subuh bersama orang kampung..


explorace..
jawab soklan dulu..
sayaaaaa.... sayangggggg.. kak shafiqahhhhh..

ustaz sorg ni, pemalu sangat.. tapi, dapat mikrofon, tak henti cakap.. penganjur, lain kali, jgn gune mikrofon..


Kepada adek2 yang menyimpan cita2 balik 3 bulan macam kitorg, fikir la dulu masak2.. nasihat peribadi sy, jangan la balik sampai 3 bulan.. sebulan je cukup untuk melepaskan rindu.. tapi, kalau nak balik juga, pastikan ade plan, nk smbung pondok ke, buat sesuatu yang bermanfaat dan join la semua program kat malaysia.. join usrah karisma di uitm shah alam pun cukup.. sekali join, akan nak ikut semua program.. leh kenal kak nehlah =), serius best.. kalau nak secara jujurnya, program2 PERMAI ni kalah la.. tapi secara politiknya, saya sayang permai.. =P
Selambe je, hehe sori permai.. Seharusnya memberi cadangan, dan bukan membuat membuat perbandingan, tapi, akal saya juga tidak sampai ke arah memberi cadangan yang mantop2..

Diminta untuk menjadi setiausaha lg oleh pengarah untuk program santai2.. tapi setiausaha jarak jauh, malaysia-jordan.. hmm, cadangan??

3 comments:

Unknown said...

yor ler 2....
bg idea perjalanan jer...
ada plan tp nak mantaphkan...
cume perancangn je ... bila program bejalan x pasti lagi...

ct dalila said...

waa namaku ada disini..sekadar mempromote program sebegini harus diteruskan bagi melahirkan insan2 yg syumul dan mengerti dgn lebih mendalam tentang dinuna Islam..sallute kat tuan pengrah yg berkaliber lg berkepimpinan walaupon bukan keluaran dari aliran agama..tp mampu mengndalikan program yg sebegini..tabik spring cket kat tuan pengarah..huhu

cik santun said...

mohd alhariz aka tuan pengarah,

ekeke.. ye, semoga berjaya ya!!


ct dalila,
tabik (toinggg.. toinggg).. jangan puji lelebih, kang ade yang kembang.. seharusnya begitu la.. sedangkan orang yaang bukan aliran agama juga mampu membuat prgrm semantap itu, ape lagi lah pelajar aliran agama, seharusnya lebih lagi.. tapi, paling kurang pun, cuba yang terbaik..
hariz, balik ni kita buat prgrm besar lagi lak.. dalila naik pangkat dah, jadi timbalan pengarah.. =P