Sunday, May 10, 2009

kanak2 zaman sekarang.

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..
mengambil idea ustaz spiderman..=P

Maaf, jika 'slang' sy terbunyi Indon pula, kerana baru selesai melayan Pildacil di Youtube. Pildacil adalah Pemilihan Daie Kecil yang didengar2 khabarnya akan dibuat juga di Malaysia.

Jom tengok,


Terharu?? Seorang yang berusia muda mampu berceramah di hadapan khalayak ramai.. Mampu berdakwah dalam usia yang sungguh muda, sehingga membuatkan menitis air mata sesiapa yang mendengarnya.. Sungguh!! Subhanallah!! Apa bisa Nadia ini dapat berceramah seperti ini jika tidak dari didikan ibu bapa?? Apakah mungkin Nadia ini dapat berceramah di depan umum seperti ini, jika tidak ada rancangan realiti tv Pildacil di Indonesia ini??

Lalu, mari lihat ini pula..


dan ini,


Video budak gelek.. Apa bisa budak ini berpakaian seksi, gelek2 depan khalayak ramai jika tidak dihantar ke pusat gelek oleh ibu bapa mereka?? Boleh pula dia tak pergi belajar bergelek, tiba2 dipanggil oleh Aznil, terus bergelek.. Takjub!! Arab pun kalah..

Video 2, sangat lunak dan merdu suaranya.. Sungguh! Subhanallah!! Soalan yang sama ingin diajukan.. Apa bisa Syaz ini mampu mengumandangkan suaranya seperti ini jika tidak mendapat didikan atau disuruh oleh ibu bapanya? Apa mungkin Syaz ini dapat mengumandangkan suaranya dikhalayak ramai begini jika tidak ada rancangan Bintang Kecil di Malaysia ini??

Harus salahkan negara?? "boleh la indonesia buat macam tu, diorang negara macamane,kita negara macamane".. ai, pergi ke indonesia tu dari Malaysia bukan 2jam sahajakah?? lainlah kalau naik tongkang.. Apa yang beza sangat??
Harus salahkan rancangan realiti tv?? "perosak kanak2 Malaysia adalah dari rancangan tv Macam2 Aznil, tom2 bak, kartun2".. oh, hoo tak boleh, kalau ada pun, ibu bapa boleh melarang anak2 dari menonton cerita2 tu.
Jadi, harus salahkan ibu bapa??
Harus salahkan diri kanak2 tu??

Anak2 kecil ini tidak tahu apa2.. Jika mendapat didikan awal yang baik di rumah oleh Ibu bapa, masalah begini, kurang..


Risau memikirkan bagaimana pula dengan anak2 saya(hehe) akan datang... Kasihanilah kanak2 ini..jangan dibiarkann budaya barat menjajah minda mereka..

2 comments:

Sakinah said...

Assalamualaikum..

ibu bapa pun tergila2kan hiburan
macamana nak didik anak
malah jadi cita2 dan harapan pula nak tengok anak jadi artis

fitnah dunia akhir zaman

cik santun said...

waalaikumussalam..

ya, kasihan anak2 yang menjadi mangsa.. nak menolak, kecil lagi, tidak tahu apa2..

inilah jadinya kalau quran dan sunnah ditolak tepi..

Nauzubillah, minta dijauhkan..