Sunday, May 24, 2009

Slumdog millionaire

Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..


Selepas menjadi pengarah filem menjawab nathar hadith semalam, mahu sy kongsikan apa yang saya belajar, sebagai pendirian.. Peringatan kepada budak adab, jika ambil dengan doktor ali syara', sila selami betul2 dan sungguh2 tentang masrah yakni drama atau teater.. doktor tu mmg suka sangat keluarkan soalan drama, naqad hadith dan nathar hadith, dua2 soalan drama..



Jadi, amat perlu sedikit untuk anda menonton beberapa drama sebagai penambah pengetahuan, dan perlu punyai pendirian tentang hedonisme, iaitu kita bukan hibur secara berlebih-lebihan, tapi hiburan ini yang masuk dalam silibus pelajaran..



Drama mula berkembang di tanah arab pada kurun ke-19.. Pada ketika itu, syair2 telah berkembang piat, sehinggakan kemasyhuran syair2 itu, sedikit sebanyak telah menenggelamkan drama.. Lebih2 lagi, masyarakat arab ketika ini masih lagi hidup berpindah randah, semakin menyukarkan kemunculan drama ini, kerana lakar tempat dan masa pada drama memerlukan tempat yang tetap, dan masa yang lama dan panjang..



Dek kerana drama yang kurang menerpa nama di persada seni, maka malaamih yunani atau 'epik yunani' seperti epik gilgamesh mendapat tempat di hati para pencinta seni, tambahan epik2 ini menggunakan logik akal, berbanding drama yang hanya khayalan para penyair. Lantas, ramai sasterawan barat yang membuat kesimpulan bahawa islam adalah penyebab kepada kemunduran drama, kerana 'alaqah antara penulis skrip dan pelakon umpama Allah dan makhluk.. sangkaan ini ternyata bodoh, mana mungkin penulis skrip disamakan dengan Pencipta.. dan penemuan watak2 telah dijumpai terlebih dahulu di Tanah Arab..


**********************

Ambil yang baik tinggalkan yang mudhorat, fahami hedonisme dalam ertikata sebenar, apa itu hiburan apa itu pengajaran -

“ Kalimat hikmah adalah barang berharga kaum Mukmin yang hilang. Dimanasaja ia menemukannya, ia lebih berhak terhadapnya “ - HR at Tirmidzi & IbnMajah



Dunia remaja sudah tentunya inginkan hiburan, bukan? dan salahkah menggunakan hiburan itu sebagai medium untuk menambah pengetahun dan membuka mata para remaja seperti Taken (yg kitorg tgk ramai2 kat umah Maria).. Adakah ia hedonisme?? Semua yang pergi prgrm itu terpengaruh dengan gejala hedonisme?? Adilkah dek kerana wujud movie2 yang melalaikan itu, kita hukum semua movie itu melalaikan?? Jika kita tidak menyelami hiburan bagaimanakah hendak membanteras hiburan?? Jika maklum bahawa hiburan itu semuaaaaa hedonisme, tiadakah cara untuk menjadikan hiburan itu supaya tidak hedonisme??



***Slumdog Millionaire*** selamba badak



Cerita realiti kanak2 di India yang digelar 'anjing lumpur', hidup di persekitaran yang sangat kotor, tidak sihat, tinggal di kawasan setinggan. Yang sangat membengangkan ialah apabila berlaku pergaduhan antara Hindu dan Muslim, orang islam dibunuh, dikorek mata, rumah mereka dibakar, anak mereka diculik, dengan alasan mereka adalah islam.. Sungguh tidak bermoral!!


Cerita ini banyak menggunakan uslub istirja' iaitu flashback..

kasihanlah anak2 ini..

babak dalam gambar ini adalah yang mengeelikan sekali.. tak caya, tengok.. sungguh menggelikan....... yerksss..


Jamal, salah seorang yang tinggal di kawasan setinggan itu, menyertai 'who wants to be a millionaire', jawab semua soalan dengan betul, dan jawapan itu yang hanya didapati dari pengalaman hidup dia dari kecil ..
Filem ini juga masuk di dalam exam kawan sy sok.. Bittaufiq ya!!
Manfaat atau tidak, anda sendiri nilai..
Antara mesej2 yang saya dapat selepas meninggalkan ym berstatus 'ade ke suh tgk slumdog millionaire tgh2 kepeningan begini' semalaman..

1) akk, hedonisme laa
2) pening ke?? makan la panadol..
3) g la klinik dr aniza.. haha..
4) hedonisme ~ apakah pendirian anda??
5) anti hedonisme = anti slumdog....
6) best cite tu, tengoklaaa..
7) crite apa tu??


Sy hedonisme?? Sungguhkah?? di kala exaammmm~~

13 comments:

~ZuLhAiRi~ said...

Salam...

kalau filem kemasyarakatan yang mendedahkan kehidupan sebenar kanak2 india, kehidupan muslim di india begini dipanggil hedonisme, ana tak tahu bagaimana nak mengulas betapa kejumudan fikiran sebeginilah yang membuat umat Islam disembelih oleh zionis...maaf kalau sedikit kasar, tapi kasar itu kerana kerana tegas dan prinsip.

Memang ana sendiri akui filem itu bukanlah sempurna, tapi ana mahu katakan filem ini lebih2 bermakna lagi dari ayat2 cinta yang kononnya Islamik itu, tetapi ternyata mengenepikan nilai islam sebenar demi populariti. Sungguh!...

Dengan salah pemikiran beginilah, jika dilihat filem perempuan berkalung sorban, yang telah menghancurkan hidup seorang muslimah serta telah membuat ramai yang memberontak, kerana apa?...kerana membaca buku2 moden pun dikatakan bid'ah dan mengharamkan terus. Begitu juga filem2, juga terus dihukum haram tanpa ada penelitian dahulu apa motifnya.

Jangan mudah menghukum sesuatu itu hedonisme, haram, bid'ad tanpa kita sendiri pun belum tahu apa yang dibawa, bahkan maksud bid'ah, hedonisme itu pun belum didalami. Berkata mmg mudah, mengkaji itu yang payah.

p/s : syor untuk tonton filem laskar pelangi dari indonesi, pengajarannya bertimbun, dari hanyut dengan filem dan drama mengarut.

lavenderpurple said...

belon air=hedonisme??
tuk mengetahuinye silelah dtg ke bayt insyirah nk kenak 'lebih' psl cik ton +belon air.klu dtg insyirah jgn lpe singgah bilik besar ton2 ni.xyg susah2 sblh je ngn ruang tamu.

p/s=disebalik cik ton+belon air........

Abu Handzalah said...

Salam wbt,.
wah,ingatkan ana sorang je layan citer nih.Apa2pun,nilai2-kanlah mana yg bek,mana yg buruk~ Ana setuju ngan sedara Zulhairi,.

Laskar Pelangi bes,try la tengok,hayati n fahami apa yg cuba disampaikan~

Anonymous said...

huhu akaaaaaakkkkkk, kite tkde id org tu.. tapi td ade kawan ckp.. kite rasa, nada tulisan akk ni, macam geram2 jugak.. haha ye ke?? rileks2..

cik santun said...

Zul,

wsalam..
ya, cerita itu tidaklah sebegitu islamik, tetapi nilainya tinggi.. realiti masyarakat india, jika kaya, kaya sgttt.. jika miskin, duduk merempat, meminta kesana sini..

Membuat diri tersedar, bagaimana org islam di negara2 seperti ini bekerja.. sebab itu mereka dtg ke negara kita, buat apa kerja pn, mereka sanggup, kerana mahukan wang menyara hidup..

ya, motif itu harus dikaji.. tidak boleh terus menghukum.. bukan melayan movie pn, layari internet juga boleh membawa hedonisme jika tidak dikawal..

owh trima kasih.. laskar peelangi dan kun fayakun sudah ada dalam simpanan, cuma belum ada masa mau nontonnyaaa.. lepas exam insyaallah..


yati,

terima kasih yati.. ni dak umah yg paling2 buat sy pening sekali jika dlm blog.. penjelasan kepada belon air adalah, hari tu family day anak selangor, ade main belon air.. dan sy paling banyak kene.. ~kesabaran melanda diri oleh dak sorg ni!!~

fa li said...

hehehehehe...amende la cik piqah dok hedo hedo ni..tu la hedonisme sangat.pakai pc,laptop,tv pun hedo gak pasal kat situ la kita boleh layan muvie ke apa ke,muzik pn takyah dgr.campak je semua alat penyebab hedo ni ke dalam longkang.pi duduk dalam gua.

main belon air pun boleh kalah,camnenye nak main who want to be a millionaire cam jamal

hehe....good luck exam

cik santun said...

amat tak kesah,

wsalam..aik? igt sorg je yg layan cite tu?? byk menang award tu..

trima kasih ya..



anonymous,

takleh nak cam la sapa nomos ni, selalu wani je, tapi rasa ni bukan wani.. huhu.. tak geram pun..

betul la perkara begini perlukan penjelasan.. sape suruh buat kontroversi kat status lg ek??? akak tak geram kat sape2 pn, tapi jadikan lah iktibar..

sab said...

cik ton...

nk gegak gempita gak la..
pasal yg berkembang piat tu..
hehe..

kembang giat tau..

p/s: nmpknye lps ni cik ton kena de editor bahasa melayu la..

cik santun said...

uranicade,

hehe campak semua ke longkang, duk dlm hutan, taktahu berita apa semua..

jika diikutkan saddu zarai' nye, begitulah.. takyah ada semua penyebab2 ni, tp kemaslahatan nye lebih banyak dari keburukan, maka dibenarkan.. sapa yang mengawal?? diri sendiri laa..
dan tak boleh nak menghukum semua movie itu hedonisme..

jamal mmg terer berlari.. sbb kecik2 lg die dh kene kejar ngn polis.. pistol pn dia dapat elak, ape lg belon air je.. hihi..

tq..

cik santun said...

sab,

adehh tersilap laaa.. tangannya nak laju ja..haha..
gegak gempita, tak tahannn.. leh ar sab, pasni jadi editor bahasa melayu aku.. ana tehki arabi ja, ahaksss..

ralat2, berkembang giat, bukan berkembang piat.. telinga sapa aku nak piat neyh??!!

Ain Mardhiah said...

salam kakak sayang!

kalau boring, nnti datang blog ainul amik hadiah yer!

Anonymous said...

salam..akk,bagus la akk dpt cam kte ni nomos yg mne..hehe..kte dh lme x komen blog akk..tenet tu x masok2 lg..hehe..ni pon kte tompang laptop akk smntara akk pi makan dkt dapur..hehe..maaf ya...

cik santun said...

ainul,

hehe dh tgk, tapi belum berkesempatan je nk tunaikan.. hehe time kasih ainul adikku sayangg!!


wani,

biaselah akk kan senior mithali, hueh3..
owhhhh dah gune baru mntak izin ye?? pandainyaa.. haha...
budak ni.. jgn la ckp yg akk tgh mkn tu.. ish2.. haha