Monday, July 13, 2009

pilihanraya oh pilihanraya.

smileBismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikumwarahamtullah..

Anda rasa tidak, kehangatan dan kebahangan pilihanraya permai sekarang ini?? Jika belum, sila jenguk2 blog JPR PERMAI serta blog KPA. Jika tidak mahu tahu, terpulanglah pada anda!!

Bersama-sama dengan wujudnya blog KPA itu, pagi tadi tegur seorang rakan yang saya kira penuh beremosi bertanyakan perihal itu kepada saya, "Tak rasa ke KPA tu menunjukkan ketaasuban??" katanya.. Lalu, saya dengan bergelak tawa menjawab "comel la, haha"..

Bagi saya, taassub itu dikira juga berdasarkan tempat dan keadaannya, itu saya kira sudah cukup jelas.. Jadi, mereka seolah mengagungkan amin itu, bagaimana pula keadaannya. Begini.. Kita lihat pula situasi sekarang ini ya?? Bukankah sekarang adalah waktu berkempen untuk pilihanraya permai bagi menggantikan saf pimpinan yang lama. Jadi situasi sekarang ialah berkempen tentang amin, dan bukan taassub tentang amin. Kerana mereka sangat merasakan amin yang layak untuk menaiki takhta presiden, maka mereka telah berkempen dengan begitu dahsyat.Pun begitu, ia tetap dinamakan kempen, dan bukan taassub!!

Mungkin kerana berkempen dengan sebegini rupa adalah buat kali pertamanya diadakan disini, sehingga tertubuh blog untuk kelab itu, jadi ada yang berpendapat sedemikian.. Tapi, jika kita lihat pilihanrya di Malaysia ya, KPA ini tidaklah seberapa sangat. KPA belum lagi mengeluarkan risalah, belum lagi meng'copy' muka amin dan tampalkannya di sepanjang jalan, =P..

Jika itu dikatakan taassub, jadi, orang2 yang berkempen di malaysia itu juga adakah mereka juga taassub?? Dan saya rasa kempen itu tidak menjejaskan reputasi calon2 lain sedikit pun, kerana apa?? kerana kita punya mata, telinga, juga akal.. Mereka berkempen begitu sekalipun, jika kita tidak mahu, kerana nampak orang lain lebih layak, undilah orang lain!!! benar??

* Berkempen di sebelah ikhwah sudah panas, tapi di sebelah akhawat, masih coooooollll!! lihat, kami ini orangnya cool saja, hihi..

Saya juga punyai hak berkempen, pilihan hati saya,

Naqeb - presiden permai
Amin- Timbalan presiden permai
Zaid - Presiden MMY
Afiq Muiz - Presiden MMJ

Fathiyah - Timbalan presiden 2
Mariah - Penolong ketua helwi
Arikah - Timbalan presiden MMY (jgn undi masuk permai!!)
Zimah - Bendahari
(*Zimah, biarkan dia dengan bendahari, masakannya sedap, sebelum ini memegang tmbalan presiden MMY, jualan makanannya saja sudah menaikkan ekonomi MMY, jika boleh jualan itu disalur bawah permai pula, tentu permai tahun hadapan juga punyai banyak duit, dengan syarat anda juga beramai2 membeli makanan dia!!) haha, dan masak2 itu, bukan dia sahaja, malah seluruh ahli rumah juga akan kepengsanan, owh tidaaaaakkkk!!!

ooops sori, undi adalah rahsia!! hihi.. ayuh, naikkan mereka ya!! untuk masa depan permai.. insyaallah... permai itu dimana?? permai dihati!!!!

7 comments:

Anonymous said...

mak ai,ko gebang gile..promote habis nmpk..wakakaka..ape2 pun undi adalah rahsia ye cik pikah oi..

n0m0s said...

orang rumah saja ka yg kepengsanan??
hehe..
yg goreng ayam ari tu smpai merah2 muka pon nk gak dapat namaaaaa..
hahaha..
mmg pilihanraya kali ni agak berbeza dr yg lain..nk tergelak guling2 ble bce komen2 kt shoutbox itu..
mcm x matang jer dak2 PERMAI ni..
ap2 pon akhwat still coooooolll..
kak jimah macak cedap!!!

Anonymous said...

go!!go!!azimah!!!

penconteng.crayOn said...

yok2!!
vote 4 jimah ntok amt permai.

ehem2,promote nmpak ntuk satu name tuh (cik ton msti tau yg mane :p)

cam tau je sape nomos 1st tuh.kui3

syphoon said...

pembetulan. PERMAI tidak mempunyai jawatan timbalan presiden 1 atau 2.

Utk akhawat - KETUA HELWI.

Juga Presiden MMY & MMJ tiada.

Yang ada dalam MT PERMAI hanyalah Naib Presiden (merangkap ketua JUST/Yarmouk). Sila rujuk perlembagaan yang diedarkan.

Harap maklum.

cik santun said...

anonymous 1,
ya, undi adalah rahsia, saya cume beri nama mereka, undi sy tetap rahsia, hahaha..


nomos aka wani,
ha ok2, tukar ayat, "orang yang berada di rumah pasti juga akan kepengsanan", ha ok tak?? ala kesian die merah2 ye muke goreng ayam, alalala..

pilihanraya kali ni, istimewa.. kali terkhir berpilihanraya, insyaallah!! bye2 wani!!!!


anonymous 2,
hihi.. go!! go!! azimah!!
go!! go!! anonymous!! buat kelab gak la.. JFC - Jimah Fan Club!!

cik santun said...

nabilah,
ya, jom berkempen lagi!!
hihi promote nama tu, diam2 sudah, =P..


senior syafiq,
owh ya, saya dh lihat, fasal 15..
tapi nk org2 tu la jugak amt.. akan saya khatam dan hadam perlembagaan itu, terime kasih..