Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..
(tidak punyai manfaat langsung entri kali ini!!)
Alhamdulillah, habis sudah sem fasal soifi. Keluar exam dengan riang ria, soalan bukan setakat kacang, tapi up lagi bagi saya 'kacang goreng'. Kerana seperti kebiasaannya saja, menggoreng itu sangat serasi dengan saya untuk menjawab exam. Usaha sudah, lakukan juga sudah, berdoa saja pada tuhan yang satu itu, apa jua natijahnya, terima dengan yang hati yang terbaik.. (teori 'terbaik' , berkemungkinan gara2 kepala yang masih belum stabil setelah menjawab soalan yang terbaik itu).
Ah, andainya syair2 itu dapat kujawab menggunakan bahasa melayu!!
Mahu meneruskan cerita tentang entri yang ini, belum punyai mood pula, jadi sehingga dapat mood itu, santai2 saja dulu ya!!
Malam tadi seorang sahabat saya telah mengeluarkan kata2 terharu. Apa katanya?? "Tau tak, dalam banyak2 ukhwah aku jumpa, kat Jordan ni lah yang paling best sekali".. lalu suasana menjadi sunyi seketika, kemudian bersuara seorang lagi, "best ke kawan ngn die ni??(tangannya dituju kearah saya), dengan hibanya saya berjalan ke depan dengan corn flakes di tangan. sedih, bukan?? =P..
Dan malam tadi ingin saja ku menghabiskan masa dengan dia, tapi exam itu juga sama pentingnya!! hati ini berbisik, "sahabat ini akan kujumpa lagi, insyaallah, tapi adab muqaran ini andai tidak kubaca, owh apakah aku akan bertemunya lagi? sudah pasti tidak kusanggup.. dan berbekalkan semangat yang itu aku meneruskan! Pulang ke rumah dari exam, dia sudah tiada, hanya meninggalkan makanan di dapur, masakan terakhir sebelum 2bulan ketiadaannya!!
Semoga sahabat2 yang pulang ke Malaysia, selamat sampai, berpuasa membeli tepung pelita di bazar ramadhan itu adalah yang terbaik, dan beraya dengan gembira disamping keluarga tercinta sangat2 terbaik.. Sila jaga diri baik2, doa banyak2 moga2 dijauhkan daripada wabak yang sedang menular di Malaysia sekarang ini..
Saya, shaheera dan azimah akan membuat lawatan rasmi ke Mesir. Juga disertai hanis najwa dan nazirah.. 3 orang besar, shaheera ydpah bkasj, azimah bendahari permai, nazirah timbalan pres PPMA. lawatan rasmi, ok!!! yang tidak punyai jawatan besar itu, hanya menjadi pengiring yang tidak berapa setia, =P.. mahu melawat firaun bak kata zimah. apa yang penting, kami semua bertujuh akan naik kapal terbang, makan sedap2 di dalam kapal terbang.. itu yang pasti!!
sekian sahaja juga repekan kali ini..
4 comments:
bkn akk pon ad jwtn besar gak ke??presidenah insyirah..hehe..
nnt kt mesir blkn kristal baanyak2..bwk balik piraun tu skali..
wani,
hahahaha, presidenah inyirah!! tu la, nk buat cmne, kn.. akk tknk, dorg yg beria sgt nk akk jadi presidenah, ish3.. takpe la, terime je la.. =D
owhh, nk kristal ya?? kalaulah air liur itu adalah emas, jgnkn kate nk kristal banyak2, berjuta2 pun akk boleh belikn... akk bawak balik piraun, pastu letak kt umah awk ye?? akk tknkkk, taqutttt(loghat anis)..
owh..hanye smpat mengomen bilemane ahli ke-2 insyirah suda meninggalkan rumah itu dan pulang ke tanah air.sudah smpaikah agaknya??
fuh..fuh..lepas nafas sat.baru abes xm arini la katekan.poor me~
btw,ekceli just nk highlight-->sgt touching ok pasal da sweet of ukhuwah tu.moga2 ukhwah itu akan terus mekar hingga ke 'sana'~
bak tagline permai(pnjam sat ye);
berukhwah smpai ke syurga..insyaallah ^____^
Nabilah,
mahu dikatakan ahli pertama itu sudah selamat sampai, ahli kedua baru tiba di transit, ntah bila agaknya kau baca jawapan aku ni..hua3.. Jadi, sebab aku dh tulis, maka kau baca sajalah ya!!
Yeah itu dia, selepas berhari2an membaca fiqh aiman nuzur dia yang lambat sangat exam sehingga mahu muntah membaca ya??!! Moga dapat markah yang muntah2 juga.. kui3.. (maksudnya sgt byk, sehingga tak snggup menampung ke'banyak'annya)
Insyaallah, moga2 ukhwah kita semua ini, syurgalah penghujungnya!! berukhwah sampai ke syurga~~ (T.T)
Post a Comment