Saturday, August 1, 2009

Mahu apa lagi??

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Izinkan saya menggunakan kata ganti nama diri 'aku' untuk entri kali ini. Jemputlah untuk baca, semoga manfaatnya dikongsi bersama. Buang masa saja kalau menulis sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat, benar??!! (eleh, macam sy tak pernah tulis merepek2 ja, =P)

Aku, sering tertanya2 mengapakah belum hadirnya seorang yang digelar pasangan hidup. Walau teman itu sudah kupunya, namun tidak berkekalan, berhenti di pertengahan jalan. Apakah ku tidak punya kecantikan yang orang lain miliki?? Apakah aku tidak punya daya penarik yang orang lain miliki??!! Apakah itu, dan apakah ini, adakah itu dan ini, sering bermain di fikiran. Kekasih itu sudah ramai, tetapi yg berkekalan itu tidak sekali!! pasti dan pasti terhenti di tengah jalan..

Aku semenjak dulu, seorang yang sangat penyegan dengan lelaki. Bertemu dan berborak serta bergaul dengan golongan itu, jauh sekali. Walau ketika itu, dianggap 'boleh saja' jika bermain dengan mereka, tetapi aku tidak!! Dan aku senang begitu, kerana punya ramai kawan yang sejantina denganku dan aku bahagia saja dengan mereka. Mengapa aku tidak bernafsu untuk bermain dan bergaul dengan lelaki di tadika dulu tidak ku pasti, yang pasti tidak pernah sekali aku mengenal sesiapa dari golongan itu yang tidak punya urusan denganku..

Sikap itu dibawa sehingga ke sekolah rendah, dan aku masih begitu.. Saat rakan2 lain sudah pandai untuk ber'dating', belanja pen'cinta monyet' mereka makan, menagajak keluar, memberi hadiah di hari2 yang bersejarah buat mereka, namun aku tidak lagi, semua itu kutolak tepi! tidak pernah sekali aku mengidamkan kehidupan seperti itu. Namun kusedar ketika itu, ramai sudah yang cuba menjadikanku teman cinta monyet mereka, namun aku menolak menandakan tidak boleh, takutnya aku untuk merasakan semua itu,yang menjadi fitrah sahabat2 yang lain, tidak kukenal pasti..

Dan ketika di sekolah menengah, aku dihantar ke sekolah berasrama, dan disana aku mula berjinak dengan lelaki. Faktornya mungkin suasana dan sahabat, tetapi aku tidak menggemar menggunakan faktor itu sebagai sebab, aku lebih gemar menjadikan diri sendiri sebagai pesalah..

Di tingkatan 1, kujumpa seorang lelaki, kusangkakan itulah jodohku kurniaan ilahi, kami sangat rapat, perkenalan yang mulanya hanya untuk belajar, kerana dia itu genius orangnya. Aku sangat tertarik dengan gayanya, elok lakunya, tutur percakapan yang sopan, dan aku tidak pernah punya perasaan itu!! Namun ikatan itu hanya kekal sebagai sahabat kerana dia sudah punya teman ketika itu, dan aku tidak mahu menjadi orang ketiga diantara mereka. Lama juga kupendam perasaan, dan lama juga kumenahan perasaan mengetahui dia sudah punyai teman.

Lama dan lama... Dan ketika di tingkatan 2, aku mengenali seorang lagi yang berjaya menarik perhatianku. Orangnya kontra sekali dengan yang pertama. Dia seorang yang suka main2, tidak pernah serius dalam setiap perkara, sringkali membuat masalah didalam kelas, malah sekolah, sehinggakan ibubapanya pernah dipanggil oleh pengetua sekolah. Dan aku terpaksa memutskan hubungan kerana aku tidak merasa aku penting baginya, sikapnya yang lebih mementingkan kawan 'rempit'nya, membuat aku sungguh tidak enak bersama dia, lalu membuat keputusan memutuskan hubungan..

Ketika di tingkatan 3 pula, orang yang berjaya memikat hatiku adalah seorang penasyid sekolah, dan ini benar2 kurasakan aku akan berkekalan disampingnya.Tetapi sebaik saja aku mendapat tahu dia punyai masalah keluarga, aku dengan cepat bertindak membuat keputusan untuk memutus hubungan..

Dalam tahun yang sama, aku jumpa lagi seorang lelaki yang selalu azan di surau sekolah. Sudah lama kuamati dan kuminati suara itu, sehingga akhirnya kujumpa dan mengorak langkah untuk berkenalan dengan lebih rapat.. Berjaya, namun hubungan itu telah menjadi buah mulut rakan2 sekolah, dan kami sangat malu lantas menguburkan hubungan itu begitu sahaja..

Aku sudah penat untuk berterusan begitu, sehinggalah aku mendapat tawaran ke universiti luar negara. Disana, ketika di tahun 3, aku jumpa lagi seorang lelaki yang berjaya menarik perhatianku.. aku seringkali cuba untuk mendekatinya, tetapi dia layan aku endah tidak endah. Seringkali aku bertanya padanya mengapakah dia melayanku sebegitu sedang dengan orang lain melayan seperti biasa saja. Apakah aku tidak layak mengenalinya dengan lebih rapat?? Siapakah aku di matanya??

Namun aku tidak pernah berputus asa, sering saja aku berusaha untuk menarik perhatiannya, yang sebabnya tidak ku ketahui. Kadang tertanya juga kepada diri, apakah sudah tidak ada lelaki lain untukmu wahai diri?? Namun aku lebih suka untuk mengganggu kehidupannya.. Pernah juga dinasihati rakan, namun kupekakkan telinga. Sehinggalah dia menamat pengajian dan pulang ke Malaysia. Dan suatu hari, aku menerima sepucuk surat dari sahabatku, surat itu aku tidak menyangka datangnya dari siapa, lalu aku buka dan terus kubaca:

"Assalamualaikumwarahmatullah ya ukhti!!! pertama sekali ana mahu berpesan, ana tidak mahu surat ini menjadi fitnah, jadi dengan itu, ana berharap selepas enti membaca, surat ini dibuang, tapi isinya jangan!!

Ana sedar kesudian enti untuk menjadi teman perjuangan ana, ana bukan sesiapa untuk mengata enti tidak layak untuk ana, atau ana tidak layak enti, tiada apa yang sama bagi kita.. ana bukan itu, ana bukan sesiapa, cuma hambaNYA yang sangat sangat sangat lemah..

Ya ukhti, bukan ana menolak kesudian enti itu, jauh sekali untuk ana mengatakan ana sudah punyai teman.. tidak!! itu tidak sama sekali!! jika ana punyai kuasa penentuan jodoh, sudah tentu enti lah yang akan ana pilih. enti yang akan ana pilih, itu sudah tentu!! tapi ana takut, enti adalah seorang yang baik, santun orangnya, ana sangat risau jika hubungan ini memburukkan enti, merosakkn enti..

Tambahan perjalanan kita masih jauh, ana tidak punya sebarang kerja lagi, dan sehingga itu, sehingga kita menunggu untuk hari bernikah itu bagaimanakah geri kita, bagaimanakah hati kita.. Ana tidak mahu menjadi sebab enti kecundang dalam dakwah, besar dosanya ya ukhti!! besar!! sangat besar!!

Ana sangat yakin enti faham keadaan ini.. ya, kan?? jadi, teruskan lah perjuangann enti , belajar dengan bersungguh, tolakkan perasaan itu ketepi, dibuang jauh luar sempadan. Jika benar kita memang ditetapkan oleh Allah punyai jodoh, maka percayalah dengan janji2 itu ya??!!

Doakan ana agar sentiasa istiqamah pada jalan ini, begitu juga ana akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk sahabat2 ana. Ana mintak maaf jika kelakuan ana sepanjang ini tidak menyenangkan enti, namun ana tidak mampu menahan perasaan. Sangat gusar jika dilayan perasaan ini, diri akan hanyut.. Percaya dan yaqin bahawa Allah itu maha berkuasa!! sungguh, Dialah yang maha berkuasa..

Salam juang dari ana, al-Mujahid!!

Assalamualaikum"
Dan aku mengonyok kertas itu semahunya, dan menangis semahunya.. Diri terduduk menyembam bumi, menangis dan menangis.. Buruk sungguh kelakuanku..Bersyukur Ya Allah, disaat aku tidak pandai menjaga diri, kau wujudkan seorang yang menjaga diriku! Jika tidak tentu kami hanyut, hanyut dan terus hanyut dibuai arus..

"Ya Allah, Engkau itu dekat, jangan biar aku menangis.. jangn biar aku keseorangan.. "


p/s : ni bukan cerita saya, rekaan semata.. kuang3x.........

14 comments:

Anonymous said...

elehhh, aku tau sapa budak belajar sama luar negara tu..kuang33333333x..........

cik santun said...

sudah kubilang itu rekaan semata.. sapa yg degil sgt tu?????!!!

Siti Umairah said...

amboi2 kak iqa..
lawan kite nmpak..
xde la..

ade pape nti jgn lupe gtau kite eh..
dah terbau2 nasi minyak ni..
sedapnye(lapa lak=P)
kih3

penconteng crayon said...

pewwiiiitttt!!

mabruk sahabat dunia akhiratku :p

Anonymous said...

mak aih .. :D

cik santun said...

um,
nk ke nasi minyak.. nasi biryani hindi dekat ngn sakan tu pn sodap gak.. nk belanje ke?? ok jeee...


penconteng crayon @ nabilah,
peewwiitt, nape? nk ngorat aku yeak??!! keh3..


arina,
akk tak jadi mak lagi.. baru akak cantun yang comel, =P..

Anonymous said...

hahaha..

kalau dibuang cerita percintaan sekolah menengah tu, ganti ngn cmne 'aku' ngorat ustaz tu, msti lg best..

dah bau2 jugak ah..

alhanin said...

salam cik santun, akk baru balik makan nasi minyak ka ummu..

hehehe em rekaan ek cite ni???

tak pelah, akk doakan jodoh awak yang soleh yang dapat menjadi imam yang terbaik untuk awak dan anak2 awak nanti.

Jalan dakwah kita panjang, kadang2 tak sia[a duga bila kita diuji masalah hati ni. kita tak boleh terlalu angkuh dengan memperlekehkannya dan jagan pula terlalu lemah melayaninya.

bagi seorang perempuan, dia memang memerlukan lelaki yang dapat membimbingnya dan dia bisa menjadi sayap kirinya, tetapi kadang2 Allah uji kita dengn berjumpa lelaki yang kita pula perlu membimbingnya.

Sama2 lah kita doa dik. sebagai hamba kita dimiliki bukan memiliki. Hati ini milik Allah, Dia lebih mengetahui segala isi hati ini.

Semua orang mahukan yang terbaik tetapi bukan semua yang terbaik itu milik kita ^_^

salam rindu akak buat adik2 insyirah.. rindu sangat pada kalian. Emm bertambah sibuk lah rumah ni ye nnti maklumla VVVIIPP ramai dah..

n0m0s said...

btol tu kak aisyah,ramai sgt VVVIP kt umah tu..busy la nnt..thn lepas yg x ramai VVVIP tu pon rumah diorg ad aset2 MPPM,PERMAI,BKASJ,MMY..thun ni messsssstii penuh umah tu lg..haha..

btol la kata kak shafika,thn 4 ni ramai yg dah nk pencen,tp org umah akk makin ligat plak..

ap2 pon,kte tau,org umah akk sumer berkebolehan..

akk,ap citer ngn AGM INSYIRAH??spe yg jd ydpah??hahaha

cik santun said...

anonymous,

itulah yang nk tunjuk, 'aku' itu masa tadika dan sekolah rendah baik, tapi dah naik sekolah menengah mula mahukan yang itu..

dan lihat juga cinta di sekolah menengah yang memang tak bawak kepada apa2, tapi naik universiti jumpe seorang yang kuat imannya, menolak semua itu, dan dua2 terselamat..

kalau cerita bagaimana die ngorat, rasanya hiburan je kot yg dapat, manfaat tiada..


alhanin,
kak ahiasaaaahhhh.. terime kasih akk, sngt menrindui bebelan kak ecot, tmbh lagi bile dh jadi bibik, haha..

ha ah kenduri kak ummu hari ini, wahhh, pasni kak ahiasah lak, tp tggu kitorg balik dulu.. hihi..

kalau kak ahiasah komen bab kawen2 dan cinta2 mesti panjang, keh3..


wani,
haha jadi stor persatuan pula, tengok kt depan ni, allah, cam kedai jual perabot pun ade, hahaha..

hihi wani, tahniah jadi bendahari bkasj ya,takutt bendahari garangggg!!! kalau lambat bayar nnti kene sembelih, haha..

owh agm malam td, terpaksa ditangguhkan, sbb syahid kapoor dtg rumah.. =P


anonymous, anda punyakomen telah dipadam, maaf komen itu bakal mencetus kontroversi, sudah kata bukan, ini adalah rekaan semata, jangan dikait dengan sesiapa!!

n0m0s said...

abes la akk..bendahari ngn ydpah garaaaanggg!!!
cepat bayar!!klu x pegi cuci tandas kt atas tu!!haha..men2 jer..
pastikan ahli umah akk cukup korum utk mulakan AGM ye..klu x nnt ucul dan cadanagn x boleh diterima..
huahuahuahuahua.....

Kanak-kanak ribena yang dah dewasa said...

akak, amboi22222... pandai mengarang nampak. Saya tarik masuk kelab penulisan nak? hehehe...

Rumah insyirah ni memang stok sumber tenaga manusia sungguh. Jangan kata orang rumah, anak, cucu, semua dia angkut jadi pekerja Malaysia di JOrdan. haha! Tu cucu besar dah jadi mak PERMAI siapp.. Respek la!

Nnti bebila saya nak balik kampung. Nak nasik minyak lagi bleh? Nak spesel yang kak piqah punya plak! hehehe...

cik santun said...

wani,

"adeila, rugi aku kempenkan budak ni dulu".. eh, terlepas lak, ingat nk cakap dalam hati jerk, haha..

dh tau dh ydpah Insyirah, tp belum umum jerk.. bendahari agung pn dah ada.. siap la, sape nk dtg rumah skrg dh de tol dekat pintu tu..



ainul budak ribena,

haha masuk kelab penulisan, buat malu jek, bukan terer pun!!

hihi, tu la namanya rezeki anak, keh3.. anak2 dan cucu2 lagi mantap2!!

ceyt dak nih!! igt awk nk masakkn untuk akk, rupenye org lak nk kene masakkn untuk die.. ishhh..

n0m0s said...

akk,nk cakap dlm hati konon..pdhal abes je AGM ari tu kt dlm dewan tu gak akk sebut ayat tu kt depan kte..haha..

bendahari agung org yg sama gak kn??insyaallah kebajikan ahli2 insyirah akn terjaga..

nnt klu dah susun sumer badan pentadbir tok bayt insyirah poskn la kt yahoo group permai ek..hehe..