Thursday, September 10, 2009

Cinta Gorilla

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah!!

Alhamdulillah, bersyukur diatas nikmat kurniaan Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan agung, Rasulullah SAW, sahabat2 baginda serta pengikut2 yang berdusturkan alQuran dan asSunnah sehingga akhir zaman..

Dikala sedih yang tidak henti2 cuba untuk memecah masuk pintu hati ini, saya ingin berkongsi satu cerita yang saya dapat ketika berada di Mesir dahulu. Mulanya ingin cerita tentang bayt muslim =), tapi saya risau kan kesalahfahaman orang yang membaca sehinggakan ada junior menegur katanya saya bakal menjadi puan santun, dan dia sudah tahu siapakah tuan santun itu. Agak terperanjat juga, kerana apa?? kerana saya sendiri tidak tahu akan kehadiran tuan santun itu..Tuan Santun?? apakah buruk benar namanya, tidakkah ada nama lain yang lebih sedap dari nama itu?? Ciksantun saja, biar begitu. saya gemar!!

Izinkan sekali lagi untuk saya gunakan kata ganti nama diri 'aku' untuk entri kali ini..

"Abang, sayang minta maaf.. Tidak berniat untuk melukakan dan mengguris hati abang, cume sayang rasa, inilah jalan terbaik bagi kita,jalan mardhootillah, jalan yang insyaallah kan membawa kita ke syurga.. Sayang percaya akan janji Allah, perempuan yang baik, tercipta untuk lelaki yang baik, Jadi amat penting bagi sayang menjadi kaum hawa yang seprti itu untuk punyai suami yang selayaknya.. Bukan impian sayang untuk mendapat suami yang luar biasa, tapi cukup suamiku adalah orang biasa yang mampu membawa cinta sayang ke jalan redha-Nya.. Bukanlah perpisahan ini adalah untuk selamanya, tetapi jika taqdir Allah menjodohkan kita, maka sayang terima.. Tapi jika bukan, dan abang sudah punyai pengganti, sayang harap dimaklumkan ya, agar tidak lagi sayang mengharap kasih dan cinta abang"

Itulah yang aku tuliskan didalam kad kecil berwarna merah untuk diberikan kepada Afiq, kekasihku semenjak kami di sekolah menengah. Afiq, orangnya sangat romantik, penyayang, sopan santun, hormat orang tua. Ah, mmg itulah ciri idaman setiap wanita termasuk aku. Ketika di sekolah dahulu, nama Afiq itulah yang akan menjadi bualan, baik di asrama wanita, di sekolah,dan dimana sahaja. Aku orang yang bertuah kerana memiliki cinta Afiq??

Ya, afiq telah melamar untuk aku ini dijadikan temannya ketika kami bersama -sama mengambil STAM, dan memasang niat dan memburu cita yang sama untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir. Alhamdulillah, kami bersama mendapat tawaran kesana oleh satu tajaan yang sama. Tetapi ketika itu ayah Afiq sedang dalam keadaan tenat, dan terpaksa berada di hospital sehingga suatu masa yang telah doktor tetapkan. WAlau ahli keluarga dan ramai saudara2 yang memberi kepercayaan pada Afiq untuk meneruskan citanya ke Mesir, namun Afiq tetap berkeras, memandang dia adalah anak pertama dari 8 orang adik beradik, jadi dia meletakkan tanggungjawab menyara keluarga keatsa bahunya, lantas mengambil alih sementara tugas2 ayahnya menyara keluarga..

Melihatkan itu, aku sudah terdetik didalam hati, "Ya Allah, moga2 benar aku telah berjumpa dengan orang yang kau kirimkan cintaku padanya". Bukan kerana aku sudah sangat2 mencintai Afiq ketika itu, tetapi kerana Afiq itu adalah orang yang sedar akan tanggungjawab.. Moga2 begitulah dia dalam membimbing keluarga kami nanti..

Masa terus berlau, hati terus berlalu, jam juga saat terus berlalu.. Sepanjang aku berada di Mesir, tidak sekali aku dihubunginya. Aku faham, mungkin kerana tanggungjawab terhadap keluarga itu sangat besar, jadi dia sudah tidak punyai masa untukku. Sehinggalah suatu hari, nombor yang panjang2 dan yang pelik2 keluar di skrin telefon bimbit, biasanya nombor itu adalah dari Malaysia. Dengan penuh riang aku menjawab kerana sudah kufikir mungkin keluarga dari Malaysia yang menghubungi,

Afiq : Assalamualaikum sayaaang!! Apa khabar?? Sayang abang sihat?? Abang rindu sangat..

Aku : Owh abang!! sayang ingat siapa tadi.. Ingatkan ada orang nak ngorat sayang ke..

Afiq : Owh gatal ya sayang abang!!!!! abang merajuk nanti baru tau. Abang nak bagitau sesuatu!!

Aku : Apa dia abang?? excited sayang nak tahu tau!!

Afiq : Hmm abang dah dapat tawaran belajar Mesir..

Aku : Yaaa?? Alhamdulillah.. boleh nanti kita belajar bersama..

Afiq : Ala sayang abang dah tahun 4, abang baru nak merangkak masuk tahun 1, nanti sayang la ajar abang ya?? Abang dah lama tak belajar, dah 3 tahun jaga ayah, ni pun ayah yang suruh sambung belajar, hmm ikut saja lah..

Aku : Eleh, merendah diri konon!! muaddal abang masa STAM tu dulu mantap apa.. tabik spring la, nanti kang silap2, bukan sayang yang ajar abang, abang yang ajar sayang..

Afiq : Ye la tu.. K la sayang, bakal isteri abang, silalah jaga diri baik2, pakai niqab ya!! abang taknak orang lain ngorat bakal isteri abang tau!! kalau abang tau, abang korek mata orang yang pandang sayang abang ni tau..

Aku : Hihi, takde sape la yang nak dekat sayang ni.. ada pun, sayang taknak layan, abang sorang je la dalam hati ni tau! Terima kasih abang, sebab sayang kat sayang.. Bersyukur sangat. Moga2 pilihan sayang ni tepat! K ya, assalamualaikum abang..

Afiq : Waalaikumussalam sayang..

Semenjak itu, kami seringkali berhubung. Tdak melalui telefon, melalui ym, skype, hantar gambar. Setiap kali aku kemana2, pasti akan ada gambar buat tatapan Afiq, melepaskan rindu katanya. Boleh kata diantara kami, hanya lah mujur menutup aurat sahaja. Segalanya aku beri pada Afiq. Kesedihanku.. Kegembiraanku.. Lunak suaraku, tangisku semua sudah didengari Afiq.

Pernah seorang sahabat bertanya tentan hubungan kami, apakah yang aku harap dalam perhubungan dusta ini?? Kataku sudah tentu perkahwinan, tetapi perancangan kearah itu masih belum kufikir. Hanya punya calon, itu saja yang kumiliki untuk ke alam perkahwinan itu.. Tetapi kedua ibubapa, dan semua ahli keluarga sudah mngenali Afiq dan senang dengannya..

Dijawab pula sahabatku itu,
"Ya ukhti, redha Allah itu memang terletak pada redha ibubapa.. Tetapi, jika redha ibubapa itu melangkah kearah maksiat, diamanakah redha Allah itu?? Umpamanya begini, sebuah pintu yang berkunci, dengan kunci.. Bagaimana bisa kunci yang salah, bukan kunci pintu itu boleh membuka pintu itu?? Pastinya kita akan menggunakan kunci yang betul!! Kunci itu ibarat redha ibubapa, tetapi jika kunci itu salah, apakah dapat juga membuka pintu itu?? Jika redha ibubapa menuju kearah kemaksiatan, bukan pada jalan syariat yang benar, apakah akan mendapat redha Allah??
Ibubapa mungkin tidak faham keadaan, tetapi enti, enti bukankah pelajar agama. Kemanakah tumpahnya muaddal yang mantap, ilmu yang melimpah ruah jika tidak pada amalan?? Enti pelajar agama, harus faham.. Ana tidak salahkan enti. Ana juga terkadang hanyut,rasa ingin punyai lelaki yang menjaga ana tetapi ingat! selagi kita berpegang pada jalan Allah, kita tidak akan hanyut.. Jalan itu yang kita kejari, moga2 kita kecapi, mardhotillah!!!"
Aku mendengar nasihat sahabat usrahku petang itu, ringkas tapi benar katanya, banyak benarnya, dan semua benar. Malam itu aku bernekad ingin memberi mesej pada Afiq. Aku menyesal, aku ingin bertaubat, setaubat2nya. Aku sudah tidak mahu hanyut dalam buaian cinta ini.. lalu aku menulis sesuatu didalam kad berwarna merah untuk disampaikan kepadanya..

(coretan itu adalah yang telah tersedia diawal cerita ini)

*Cerita ini belum tamat, ngantukan mata ini menguasai diri.. Saya sudah punyai satu penyakit iaitu, tulis entri sekerat2, =P..
*Perasaan saya sekarang sangat sedih, dengan masalah cek yang tidak boleh dicashkan, moga2 dimudahkan urusan..
*Baju raya dah dapat 2 pasang, mak kata "makin gemuk ke?? mak takut tak muat.." haha.. Rindu, dan sangat rindu.. Ya Allah, peliharalah ibu bapa kami, dan muliakanlah mereka ya allah..

6 comments:

~ZuLhAiRi~ said...

Salam...wah...tulis cerpen nampak...bagus2...terus menulis...

tp kan nak tye...awat tajuknye cinta gorilla?...berjiwa gorilla betul la cik santun ni...haha...

tp kan2...cerita ni mcm de kait skit2 ngan kehidupan sebenar...x semua, tp ade skit...terkasyap pulak...:P

syphoon said...

puan santun cam best je

cik santun said...

Zul,

Wsalam.. tak la sebagus wadi kura2, dapat anugerah kt blog gempaq lagi.. perghh, mantap!!! teruja2!!

ahaa, cinta gorilla tu kerana cinta yang dah masuk universiti.. masa dulu, kt sekolah2 pggil cinta monyet.. tapi ni die makin membesar, masuk universiti, mula degil, dan mengamuk tak tentu pasal, sebab itu wajar dinamakan cinta gorilla.. haha boleh pakai ke??

Ya, cerita dari pengalaman kwn2.. yang masih mengalami atau telah mengalami, dan nauzubillah jika yang bakal mengalami..

"Jauhkan kami ya Allah, jauhkan dari cinta yang membuatkan kami jauh terhadapMu, ameen"


Senior Syafiq,

Taaaaakk!!

nsmujahidahnmnor said...

puan santun...
ngeh3..
saye suke saye suke.. :p

kamiii.. rakan2 sebatch, sanggup dikerah utk menjayakan mjlis puan..haha.. :P

syphoon said...

sedang meneliti transisi dari cik santun ke puan santun

cik santun said...

kak nik,

wah trharu je rasa dah ada sukarelawan mengoffer diri untuk mengerah tenaga untuk majlis kite..

kak nik, kite nk 3 hari 3 malam berturut tau!! satu hari untuk family2, satu hari untuk kawan2, hari last buat party,

amacam??


senior syafiq,

ahaa teliti2!!

santun itu yang 'cik' pun, tak sempurna lagi.. camne nak ber'puan' tu (selami maksud dgn mendalam,=P) hihi...