Monday, August 9, 2010

PASTI cemerlang.. PASTI gemilang.. =)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikumwarahmatullah..



Ok, lihat logo diatas?? Logo ini adalah logo PASTI iaitu Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam.. Dan kini, saya berada disitu, jika dahulu saya kesana hanya kerana seorang AJK PASTI, kini saya berada disana untuk mengajar anak-anak di tadika itu..

Ketika pulang dari Jordan lebih sebulan lalu, saya pernah suarakan hasrat untuk mengajar di tadika kepada mak abah saya, dan mereka menentang.. Saya pasrah saja. Tapi kini tiada cara lain untuk terus membangunkan PASTI itu, hanya saja saya yang 'terpaksa' menjadi pengajar disitu. Ah, secara tidak langsung ia juga adalah pengalaman pekerjaan saya yang pertama kali, =)..

Pengalaman pertama kerja adalah di tadika itu tidak menjadi masalah bagi saya, keluarga, rakan2 juga semua orang.. Tapi apabila memikirkan 'Graduan universiti timur tengah pulang ke Malaysia mengajar tadika', itu yang menjadi kedengaran pelik, mungkin bukan semua, tapi saya sendiri juga dengar agak pelik, =)..

Penentangan yang bukan hanya dari sahabat2, tapi juga dari keluarga juga sanak saudara. Manakan tidak, di rumah juga saya menyanyi 'dalam seminggu ada 7 hari, 5 hari sekolah, 2 hari cuti', disahut suara belakang 'itu yang kamu belajar di Jordan?'.. Ah, jika tidak kerana cikgu2 saya di tadika kanak2 islam (TAKIS) Klang itu, mana bisa saya dahulu bertadika disitu.. Siapa pula yang mengajarnya ya tidak?? Dan kini, anak2 ini pula yang memerlukan guru, mengapa saya tidak boleh berkorban sedikit masa demi untuk mengajar anak2 ini??

Darah mengajar itu sememangnya sedang mengalir dalam tubuh saya. Walaupun saya tidak begitu mahir mengajar tapi saya rasa seronok,dan puas hati, itu yang saya maksudkan 'darah mengajar', =).. Lagi pula, ramai dari ahli keluarga saya yang memang mengajar. Makcik dan pakcik saya,ada yang punyai nurseri sendiri, juga kakak2 saya tiga kesemuanya pernah punyai pengalaman mengajar, cuma mareka mengajar di sekolah rendah ketika menunggu result SPM, dan saya mengajar tadika selepas degree, hehe, =)..

Jangan risau, saya tidak akan berada lama di PASTI itu, saya sudah punya perancangan sendiri.. Tapi saya akan juga menyelamatkan PASTI CAWANGAN SAYA SENDIRI dalam masa untuk mengejar cita2 saya mencapai matlamat, =).. Mengajar di PASTI tidak lama, tapi mengejar PAS insyallah selamanya, =p..

Ya, seperti dalam penelitian saya, sememangnya guru2 PASTI ini kebanyakan yang tetap itu tidak ada yang anak dara.. Saya juga, jika saya sudah punya tanggungan, saya tidak akan bekerja di PASTI.. Ber'elaun' kan sejumlah yang hanya lepas untuk yuran bulanan adik saya di Jeram itu, ianya adalah tidak stabil dalam ekonomi keluarga. Jika saya berjodohan dengan anak dato', boleh lah juga, =p.. Moga2 Ya Allah, orang2 yang berkhidmat di dalam PASTI ini Kau berikan ganjaran sewajarnya, Ya Allah, amin ya Rabbal Alamin..

Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kami.. Berkatilah segala pekerjaan kami.. Amin Ya Rabb..

~mendidik biar dari rebungnya, mari kita bekerja di PASTI, haha tak kena langsung..

Saya sudah senang dengan PASTI, =).. Segala meeting dan program juga saya tidak mahu tinggal.. Cikgu sayang la anak2 murid cikgu, ^^.. minat saya sememangnya pelik~

4 comments:

Al-Hariz said...

Syukran jazilan. Harap dpt komitmen sehingga tahun ini. Lepas ni jd AJK balik la org tu... Kot minat sambil2 buat master pon blh... Jgn igt takde guru berkelulusan ijazah jd guru PASTI ada je rekodnya dan masih ada. Yg penting perjuangan ikhlas, balas insyaAllah itu Allah uruskan.

Abdul Munir Sanusi said...

Buat pilihan yang kamu suka. Semoga tenang hatinya bila bekerja. Tiba masanya untuk upgarde PASTI ke level antarabangsa. Selamat maju jaya buat Cik Santun.

p/s-JAIS tak kisah ke ngajar PASTI? Sorahah tu.

ainshams said...

salam.
well, mmg la org2 terkejut, degree Jordan tp, mengajar tadika PASTI.
Tp, for this time being, insya Allah better than u just keep 'singing at home' rite? :P
Akak doakan plan awak berjalan dgn baik, plan yg terbaik & detail utk masa depan, kerjaya&rumahtangga.
Allahu yusahhil umurik. wish me luck for my nx wk exam~grrr

cik santun said...

hariz,
buat masa sampai habis Ramadhan ni, insyaAllah, sy sedia, =).. pastu jadi ajk balik duduk pejabat je, tak marah budak2, tak cakap ngn budak2..

dr munir,
terima kasih, =)..
tak mustahil untuk mengantarabangsakan PASTI, tapi setakat perancangan di kawasan kota raja sndiri pun ada lagi yang belum terlaksana, hehe..

'saya sudah tidak ada apa2 dengan JAIS'.. takde ape2 kontrak pn lepas grad.. lgpn kan selangor bawah PR..sshh diam2..


kak ain,
hehe tau2 je, kn kite pn mmg nak keje yang leh banyak tido dan banyak makan.. sekali kn kak ain, kene g meeting sana, meeting sini.. keh3. sabo jek! =p
minggu depan ek exam, bittaufiq.. ok punye exam tu.. All the best, =)