Friday, November 19, 2010

Adha

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Sedikit saja coretan untuk Adha kali ini, Adha yang masing2 tidak puas hati, puasa arafah ketika orang haji melontar jamrah, raya lewat sehari.. Dan menjadi permasalahan hari tasyriq.. Apa boleh buat, takkan mahu lari semula ke Jordan, tidak patut namanya, meninggalkan negara yang mungkin dalam kesesatan teruuuss dalam kesesatan.. Tidak boleh ubah yang besar, sekurangnya ubahlah yang kecil2, ya tidak??

Ok, sedikit sahaja, saya juga mahu keluar, memandang esok akan ada program Konvensyen Pendidikan anjuran Nisa' di Kolej INPENS, nun di Kuala Selangor sana.. InsyaAllah sedikit sahaja, dan tidak berniat untuk menaip dengan panjang, =)..

Sudah 3 hari Malaysia menyambut raya Adha, di Jordan raya ke 4 la, dan program melapah2 PERMAI sudah habis pun semalam saya difahamkan, tinggal mahu mengagih daging saja lagi.. Mereka disana yang kepenatan2 itu memang sangat kufahami, deritanya 2 hari berturut2 bekerja melapah daging.. Daku juga pernah begitu, namun lihat, program yang sangat saya ingati, adalah ADHA!

Tahun 1 saya tidak ingat perihal daging2 ni, tapi bermula tahun 2, tahun 3, dan tahun 4, menjadi sebahagian dr petugas2 daging, (asal buruk sangat namanya?). Tapi satu yang saya terkilan tidak pernah ke ladang! Saya yakin syabab Jordan juga bukan semua pernah ke ladang.. Dan tahu apa akibat jika anda tidak ke ladang??

Seorang yang memang mengetahui teori2 memotong lembu, tapi aplikasinya tiada, pulang Malaysia, ikut program potong lembu, tidak tahu mahu buat apa.. YEAH! Maka akan jadilah orang Mesir, Morocco dan Jordan sebagai pemerhati yang setia.. dan malu sendiri melihat rakan2 sebaya yang sudah arif dengan kerja potong lembu, walaupun tidak pernah belajar secara detailnya tentang potong lembu.. hoho..

Begitulah jika ditanya, "kenapa kau taknak hafiz, orang yang menghafal quran, hebat, boleh jaga kau" etc etc etc.. Jawapannya, "tak semua hafiz tu bagus, aplikasikan quran 30juzuk dalam diri dia tu, baik lagi orang yang tak menghafal Quran tetapi sentiasa dekat dengan alQuran"

PERMAI takboleh ke bawak je balik lembu tu, sembelih oleh budak2 sendiri, akhawat juga boleh tengok.. Masjid sini sembelih 20 ekor lembu, dan yang terlibat semua pakcik2 dan makcik2 sambil bergelak tawa, dan jumlah petugas tak sampai dan jauh berkalikalikalikalikalikali ganda dengan jumlah mahasiswa Irbid..

Ijazah kamu tak penting!! Sangat menginginkan melihat budak2 timur tengah balik dan tidak bertindak 'TERKIAL-KIAL'.. Mahu menyesuaikan diri, mungkin??? Sedikit kesal.

Sekian~

Sabtu - Program penyembelihan di markaz PAS kampung Jawa.. Sori, tiada.. Kalau tak, mlm ni boleh sama2 jaga lembu, =).

p/s : Entah bila aku boleh lupakan perihal PERMAI, tidak PASTI.

3 comments:

Al-Hariz said...

Betulll...
Saya cabar ustaz2 yang belajar di tanah arab, PASTIkan anda balik Malaysia boleh melakukan kerja2 ini.
Begitu juga sembelihan...
Alhamdulillah, diSurau An-Naim anak2 muda dah mula turun & tak kira mereka berideologi apa...
Ni bukan nak menyatakan saya/kami hebat. Tapi melahirkan kesedihan yang amat sangat kerana kurangnya mereka yang balik dari tanag arab dalam berjuang pada agama dan bermasyarakat...

umiaishah said...

salam ukhti..

ana baru je menjejakkan kaki ke bumi irbid ni..ana pun ada jgak tpikirkan cadangan nti..

akan ana sambungkan usul nti pada PERMAI..insyallah..moga2 dimudahkan..seronok jgak beraya diperantauan ni kan?

rindu perjuangan kat cni ke?

farah said...

kak capiq!
kitorg rinduu laa kat akk~
mane nk jumpe senior yrmouk yg layan kitorg cam dah lame kenal.hee

all the best kak!