Friday, December 3, 2010

X-Tress Gunung Datuk

Kredit gambar to : Kak Tita

Bismillah wa syukur lillah atas segala nikmat pemberian Allah, selawat dan salam buat junjungan..



Seminggu sudah X-Tress anjuran Nisa' Selangor berlalu, tapi kehangatan di jiwa masih panas.. Rasa seperti baru saja pulang dari Rembau, Somban semalam,=)..

Alkisaahh, Khamis malam minggu lepas, ade meeting Jambori Nisa' di WorldWide Centre Shah Alam, seperti biasa pergi sana ramai2, naik satu kereta anak wakil Nisa Kota Raja.. Disitulah sedang meeting, tiba2 saya menjerit manja, "haa?? akak pergi?".. Tahu apa ceritanya?? Seorang Ketua Nisa' Klang berusia 39tahun 11bulan, punyai anak 5org, akan bersama kami memanjat Gunung Datuk di Rembau esoknya.. huh??!

Lalu kami pun bincang la bagaimana mahu pergi esok, tunggu dimana, peralatan dan apa semua. Sharp 10 pagi, akak tu sudah ada di KTM, sedang saya jam 10 masih lagi dalam perjalanan. Borak di KTM katanya, malam tadi balik meeting kul 12.30, basuh baju budak, baru basuh baju nak dibawa ke program ini, gosok baju dan pagi itu juga baru beli kasut untuk mendaki. Ya Allah malunya saya tidak terkata ketika itu. Sama2 balik kul 12.30mlm, saya blik kumpulkan baju untuk ke prgram saja dan tidur, pun lambat menepati mase yg dijanjikan, inikan seorang umur 39tahun, meninggalkan suami, meninggalkan anak2 5 orang, yang sulungnya sedang SPM, yang anak nombor tiga nya baru saja lepas sunat!. (Kak Niza adalah isteri S.U. PASTI Negeri Selangor, satu family yg mmg gigih, terpesona)

Jam 11, baru cukup ber5 dari ktm Klang, dan bersama menaiki komuter ke Seremban (tipu la tu, transit KL sentral kejap, jumpa lagi sorang peserta), =p.. Selesai jamak qasar disana, bergambar sakan di ktm Seremban dengan begitu bataknya seperti biasa, dan jumpa sorang lagi peserta, hingga kami cukup 7 orang.

Sampai di Gunung Datuk, kami dihidang dengan ubi rebus, keledek rebus, YA Allah sedapnya, dah lama tak makan rebus2 begitu, asik makan ciskek, kek carrot, kek batik, kek coklat je hari2, hehe.. Baca ma'thurat daaannn terjun dalam sungai!

Malam itu ice-breaking, menerima nama baru, ANGAHFIFI.. Ingatkan kasi guna nama tu untuk program ini saja, dah tu, sampai sekarang mereka masih memanggilku FIFI.. ahah apakah?? Ku terima untuk sahabat2, =)~ Dan malam itu juga kali pertama sepanjang 22 tahun hidup tidur dalam khemah ya, tak boleh tido, borak saja dengan Kak Asiah (kakak S.U. Nisa' Kota Raja), borak borak dan borak, sampai la saya tido, haha!

Kemudian esoknya mendaki gunung, mulanya saya di barisan pertama, dan memjadi orang pertama! Kemudian di tengah2 pengembaraan, tiba2 kumpulan 1 saya tu berpecah, dan sy menjadi orang pertama juga, untuk kumpulan kedua.. Di pertengahan lagi, kumpulan saya itu berpecah lagi, dan saya menjadi orang pertama juga untuk kumpulan ketiga. Di pertengahan lagi, kumpulan saya itu berpecah lagi, dan saya menjadi orang pertama juga untuk kumpulan 4!! haha siapakah punca pecah belah ini?? Akhirnya tinggal la saya berdua dengan seorang lagi sahabat baru.. Memang orang pertama masa mula2 masuk hutan, sampai ke puncak, tidak tahu sudah jadi orang yang keberapa.. adeh~


Mendaki penuh perit, kadang2 rasa putus asa, rasa mahu patah balik, tapi sokongan kawan2, kata2 semangat rakan2, itulah penyebab penguat keyakinan bagi saya. Memang sudah percaya pada diri, yakin, dah tekad sungguh, dah sudah berazam mahu juga daki untuk sampai ke puncak, tapi kadang2 rasa lemah. Halangan mendaki gunung adalah suatu yang nampak, ular melintas, ranting2 berjalar, akar2 berselirat. Tapi apabila sudah sampai ke puncak, terasa nikmat sangat, pemandangan yang indah dari pandang atas sana, terasa terbayar dengan penat lelah kita mendaki gunung. Orang atas cakap TAKBIR!! orang bawah balas Allahu Akbar, itu saja yang bergema sepanjang perjalanan kami. Tapi nk turun lagi susah dari nak naik.. Sampai kaki ku lebam besar!! wuaa.. Semua kaki menggeletar ya ketika turun, macam datuk2, nasib baik semua dapat gelaran datin, =p.



Kemudian malam itu, santai2 saja, dan kena buat aktiviti dalam kumpulan secara spontan, dan tanpa disangka2 kumpulan saya (CAYALAHH!) dapat nombor 1!! haha, sangat tidak percaya, nyanyi salah2, siap mintak ulang balik, boleh dapat no1.. hahaha.. Persembahan malam itu mantap2 kesemuanya,sungguh.

Kemudian tidur dan esok paginya, menoreh getah! Kemudian sharing moment,perkongsian sahabat2 ketika mendaki gunung, dan terkejut juga rupanya ahli kumpulanku 'ateh aisyah' punyai masalah jantung, injap jantungnya bocor, namun gigihnya dia, untuk mendaki sampai ke puncak.. Sangat berbangga~. Dan Kak Niza cerita macamana dia mintak dari En Aslam (S.U PASTI Selangor),yg dia nak join program, haha! Dan ceritakan bagaimana anaknya yang sunat itu,asalnya akan sunat pada tarikh2 nak dekat2 dengan X-Tress, tapi Kak Niza taknak, nnti takda sapa jaga, dan akhirnyaa anaknya itu pagi daftar kt klinik, petang terus sunat, malam buat kenduri, terkocoh2 panggil saudara2 dan sahabat2 jawatankuasa PASTI.. Ya Allah, itu saja keluar dari mulut semua peserta.. Memang mantap family ni.. Kemudian bergambar dan bersurai..

2 orang ni memang mantap.. Pengarah, kak dilla bersama kak Niza.. ni dorg senior weh! tapi usia bukan pengahalang.. tabik maa!

Subhanallah, jika mahu diceritakan sepanjang2 3 hari 2 malam ini memang tidak terluah dengan kata. Bertemu sahabat baru, dan terus boleh rapat dan mesra. X-Tress memang pengubat stress, namun ballik saja rumah malam itu, masalah PASTI,ah! Jangankan kata balik rumah, didalam khemah masa nak tido hari pertama tu saja pun sudah dapat masalah.. Buang masalah jauh2 masa program, balik program pening kepala! haha~

Katanya X-Tress tahun hadapan, memanah, naik kuda dan berenang pula.. Cepat.. cepat.. tak sabar ni..

Terngiang2 lagu tema X-Tress, Gemuruh Faizal Tahir, yang asalnya itu bukan lagu tema, tapi semua suh ulang2 lagu tu, sampai terjadi lagu tema, =).

Persoalan : Bila aku nak kawen? (tibe2? ) haha.

4 comments:

kakak said...
This comment has been removed by the author.
kakak said...

hahaha...xhabis2 kawen...aku pun nak jugak..XD XD

hayiwadalutaibar said...

rugi x dpt join.. ade jugak dpt iklan.. tp, kebetulan ada pgrm lain.. moga pgrm akn dtg dpt join.. terima kasih kerana sudi dtg ke negeri sembilan.. =)

:: siMpLe-sHida :: said...

salam alaik..
ehehehe..smgt cite..wah..sunguh-sungguh.. ;)

alhamdulillah, akhirnya Allah telah memilih hati, dan nama kita utk sjoin xTRes 01. insyaallah moge kite ketemu xTres 02 ...

nnti kite chalenngg lg..ehehhee..;)

slmt berjuang dik!!go..go..