Wednesday, September 28, 2011

coklat zawji habibi..

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah..

Alkisaah, 2 minggu lalu, sedang diri tidur, termimpi encik suami minta sesuatu. Tahu apa permintaannya? katanya "syg, abg nak makan ciskek la".. Saya pun terkejut, kenapa hujung2 bulan macam ini tiba2 nak suruh buat ciskek.. Saya pun berkata, "tak boleh buat la bang, saya buat apa yang ada saja ya?" teringat dark choclate didalam freezer sudah 2 minggu tidak bersentuh..

Mungkin sebab sudah sebulan tak buatkan encik suami kek, sampai termimpi-mimpi!

Petang itu, pulang dari kerja, singgah 99 untuk membeli peanut butter. Pulang saja encik suami dari kerja jam 5.40 itu, ingat mahu tarik terus ke dapur, banyak pula kerjanya, hendak berjumpa nazir masjid la, nak setelkan cek la, hendak bayar itu lah, hendak jumpa ini lah, itu dan ini.. adoi! (Memang selalu bab buat kek, suka heret encik suami sekali, padan muke! =p ).

Saya pun mulakan apa patut, sehingga suami pulang, dia pula mengambil alih, dan buat bersama, ^-^

tekun sungguh mukanya membuat kerja.


buruknya bang!! haha..


hmm nyummy2!!

2 hari selepas itu, bawa coklat ke sekolah, wah sudah mendapat tempahan.. Lepas ini boleh mulakan jualan,.. sapa lagi nak?? hehe..

3 comments:

shazrina said...

wujud lagi rupenye blog kaka ni ..nak coklat boley?

gba blossom said...

eh..x wt on9 business coklat?? :)klu wt leh try order..hik3

epic dragon battle said...

thank you wow