Kempen.. Kempen.. Kempen...
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikumwarahmatullah!!
3 hari saja lagi sebelum Mesyuarat Agung PERMAI, anda sudah punyai calon pilihan hati untuk diundi?? Sudah tentu jawapannya "Ya", bukan?? Masakan tidak, inikan untuk pemimpin persatuan kita, memilih pemimpin yang berkepimpinan juga dapat menjalankan tanggungjawab mengikut acuan al-Qauran dan as-Sunnah bukan mudah. Setiap undian kita akan dipersoalkan kelak.. Moga2 diberi petunjuk dari Allah!!

Entri kali ini pasal apa pula ya?? Disaat manusia lain berkempen untuk menaikkan orang ini MT, menaikan orang ini Ketua Helwi, itu dan ini, saya pula berkempen untuk 'jangan naikkan orang ini MT'.. hmm ayat serupa hendak mencari gaduh pula ya?? adakah saya sudah menjadi gila?? saya cemburu tidak tercalon nama untuk saf pimpinan akan datang?? saya dengki dengan kehebatan sahabat lain?? saya cemburu dengan kempen2 yang kalian hebah2kan?? adakah??
Siapakah orang yang saya maksudkan itu?? Orang itu adalah Arikah bt Sadon, mahasiswi tahun 3, jabatan fiqh wa usuluhu.. Nama ini tidak asing bukan bagi anda?? Berkebolehan dalam memimpin, kepetahan berbicara, muamalat terjaga..
Jadi, mengapa saya berkempen untuk 'jangan undi calon ini??'.. begini... yang pertama, sebelum pemilihan calon untuk saf pimpinan PERMAI lagi, kami sudah punyai rancangan untuk meletakkan Arikah sebagai Timbalan Presiden MMY (Majlis Mahasiswa Yarmouk), malah dipersetujui oleh Arikah sendiri, serta kakak2 senior sebelum mereka pulang ke Malaysia, dan kami tidak menyangka nama Arikah tercalon lagi untuk pimpinan PERMAI 09/10 kerana dia pernah menarik diri dari pencalonan pada tahun lepas. Ternyata anda juga tidak berputus asa untuk meletakkan dia di dalam PERMAI. Jika dia menolak pencalonan itu sekali lagi, ternyata itu tidak patut, seolah lari dari tanggungjawab sedang orang lain meletakkan kepercayaan yang tinggi pada dia, benar?? dan kami memandang hanya satu jalan untuk anda tidak mengundi dia, dengan memberitahu keadaan sebenar mengapa kami meminta dengan sangat untuk anda jangan undi dia.
Ya, jika anda bukan ahli MMY, anda akan fikir, Arikah bagus, jadi letakkan la dia dalam PERMAI, jika tak undi dia, PERMAI kan rugi besar!!! benar!!! Jadi, saya minta anda cuba berada dalam keadaan anda adalah ahli MMY, lihat pengurusan MMY kini, dari segi pentadbiran bagaimana, dakwah bagaimana, persatuan itu sendiri bagaimana.. MMY bukan sahaja perlu uruskan urusan2 jamiah, malah dakwah juga!! dan itu perlu diperkuatkan!! Lihat sahaja kata2 orang yang saya kira memperlekeh perjuangan kami, "Apa budak2 Yarmouk buat untuk budak2 JUST??", "Budak Yarmouk tak macam ustaz2 dulu", "Budak Yarmouk serupa ja dengan orang yang tidak punya aliran agama".. Jadi untuk buktikan semua itu, MMY sendiri perlu kuat!!
Benar, mahasiswi yarmouk bukan hanya Arikah, tapi kami serupa kalian juga. Kalian menaikkan nama dia, kerana nampak dia berkebolehan untuk PERMAI, dan kami melihat dia berkebolehan dalam MMY!! Dan bnar juga, adik2 lain perlu diajar dan dijadikan pelapis, untuk kebaikan MMY akan datang, tapi namanya juga perlu diajar, takkan diajar itu duduknya diatas. ya, bukan??
Mungkin antara sebab kalian mahukan Arikah mendapat jawatan tinggi dalam PERMAI kerana sudah punya pengalaman menjadi AME dalam pentadbiran 07/08, tapi kalian tidak nampak apa yang Arikah lakukan untuk MMY, dan jika kalian tidak tahu, ambilah tahu bahawa MMY itu sangat penting dan peranannya juga sangat besar. Ia cabangan dari PERMAI.. Jika MMY itu kuat, nama yang bersama dengannya adalah PERMAI, PERMAI juga akan kuat..
Perkara ini bukan hanya pada pendapat saya saja.. Kalian juga boleh menghubungi sesiapa saja di kalangan kami (Bayt Insyirah+nailah+sume2 la). Jika kami saja (budak yarmouk) yang hanya tidak mengundi Arikah, itu tidak cukup untuk tidak menaikkan Arikah.. yarmouk saja 136, sedang ahli permai 457, baki 321 itu adalah pelajar JUST, dan mengharap sangat pelajar JUST ini faham!! dan turut sama membantu kami..
Calon lain untuk memegang MT dalam PERMAI di kalangan mahasiswi Yarmouk adalah :
Nor Azimah Nordin..
-Timbalan presiden 2 MMY 08/09
-Timbalan biro akademik MMY 07/08
-Terlalu banyak berjawatankan timbalan persegaran untuk program2.
-Berkebolehan memimpin
-Scorer adab, mendapat anugerah kecemerlangan 2 tahun berturut2!!
Tidak perlu rasanya jika saya buat juga JFC - Jimah Fan Club!! =), cuma mengharap dengan sangat anda faham keadaan kami, dan memikirkan dengan lebih panjang tentang masa depan MMY.. Harap pnulisan saya yang selekeh ini dapat memberikan pada anda penjelasan yang lebih ya!!
KEMPEN2!!!
Presiden - Muhammad Naqeb
Timbalan presiden - Ahmad Amirul Amin
Naib presiden (MMY) - Zaid
Naib presiden (JUST) - Afiq Muiz
Setiausaha - Arif Hakimi
Bendahari - Ikhwan
Ketua Helwi - Fathiyah
Timbalan ketua helwi - Mariah
Setiausaha - Husna Madiha
Bendahari - Nor Azimah
* Jika tidak faham, saya boleh mengeluarkan penulisan yang lain pula.. Ini antara usaha saya, jika memang ditetapkan oleh Allah yang Arikah itu duduknya di PERMAI, harus terima saja, mungkin itu yang terbaik..